Saturday, December 12, 2009

BANYAKKAN PROGRAM TARBIAH

Ketahuilah bahawa tarbiah merupakan aset yang sangat penting dalam sesebuah gerakan Islamiah. Proses pentarbiahan yang berkesan akan melahirkan jundullah yang tabah, kental hati, sabar dalam perjuangan serta kuat berjuang.

Jika kita melihat proses pentarbiahan yang Rasulullah s.a.w lakukan dalam liku-liku perjuangannya, kita dapati pentarbiahannya yang cukup berkesan dapat melahirkan sahabat-sahabat r.a yang sanggup menggadaikan jiwa serta harta benda untuk fi sabilillah. Kita lihat sahaja sahabat baginda Bilal bin Rabah r.a yang rela dihukum oleh tuannya dengan hukuman yang cukup sengsara di kawasan lapang yang panas, hanya kerana mempertahankan keesaan Allah s.w.t. Kita lihat juga Abdul Rahman bin Auf r.a, ketika puak muhajirin berhijrah ke Madinah, Abdul Rahman r.a berkata, “Saya ada dua orang isteri. Pilihlah yang tercantik daripada keduanya. Saya akan talaqkan dan kamu akan kahwin dengannya.”

Inilah pengorbanan sahabat Rasulullah s.a.w yang lahir daripada pentarbiahan yang cukup kuat.

Kalau kita bandingkan dengan kita hari ini, sudah semestinya sangat berbeza. Sedangkan harta benda pun kita tak dapat menginfakkan untuk Islam, apatah lagi isteri kesayangan seperti mana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Oleh hal yang demikian, kita seharusnya dan semestinya sentiasa dan lebih menekankan soal pentarbiahan kerana kelemahan mana-mana jemaah Islamiah bertitik tolak daripada proses pentarbiahan yang begitu lemah dan tidak diambil berat. Sebab itulah kita lihat organisasi Islam lebih menekankan tarbiah demi membaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

Kita sebenarnya tidak mementingkan sangat soal kuantiti untuk masa terdekat ini, tetapi walaupun jumlah kita sedikit, apabila disertakan dengan proses pentarbiahan yang kuat, insya-Allah yang sedikit inilah akan melahirkan generasi pelapis yang banyak untuk masa hadapan. Oleh yang demikian banyakkan program yang berbentuk tarbiah demi masa depan yang cerah.

Pada pendapat aku, jemaah Islamiyyah di Malaysia terutamanya PAS (Parti Islam Semalaysia) kurang dari segi aspek ini sejak akhir2 ini. Mengikut pemerhatian aku yang masih mentah ini, PAS kalau dahulunya dikenali sebagai sebuah jemaah yang amat menekankan aspek tarbiah ini, sehinggakan ia dikenali sebagai parti tarbiah. Aku sempat mengikuti ayahandaku menyertai beberapa program yang dianjurkan oleh pihak pimpinan, apa yang aku perhatikan sejak akhir2 ini perkara ini kurang mendapat perhatian, walaupun ada dianjurkan, tetapi penyertaan daripada ahli2 parti kurang memberangsangkan terutamanya daripada pihak pimpinan kawasan itu sendiri. Bagaimanakah kita hendak mentarbiah orang lain sedangkan diri kita sendiri tidak ditarbiah. Hendak dibina bangunan yang tinggi, akan tetapi tapak asasnya tidak kukuh.

Akhir2 ini kita digemparkan dengan pelbagai perkara yg berlaku di dalam PAS, dan pelbagai juga andaian yg dibuat. Pada aku ini berlaku mungkin kerana masalah tarbiah yang kurang dititk beratkan oleh ahli2 dan pimpinan sendiri. Aku teringat kata2 seorang ulama' apabila beliau ditanya mengenai peristiwa yang berlaku di dalam parti PAS sekarang ini, jawapan beliau ialah ini berlaku kerana Allah s.w.t hendak mengislahkan jemaah Islam ini, dengan menampakkan kepada masyarakat siapa yang berjuang betul2 ikhlas kerana Allah s.w.t dan siapa yang berjuang kerana hendak mendapatkan sesuatu benda.

Kesimpulannya, amat penting bagi pelapis2 kepada gerakan Islam ini memperkasakan diri masing2 dengan pelbagai program2 tarbiah, kerana pada suatu masa nanti merekalah yang akan mengemudi gerakan ini.

0 comments: