Thursday, July 22, 2010

RINDUKU PADAMU...

Telah lama kau tinggalkan aku, kini kau akan datang kembali. Terasa begitu bodoh dan ruginya diri ini bilamana kau bersamaku satu ketika dulu, tetapi aku mengabaikanmu. Kini insyaallah, kau kan datang lagi. Ku harap kedatangamu kali takkan ku persia-siakan mu lagi. Hidupku takkan bermakna tanpa kehadiranmu. Takkan aku persiakanmu lagi. Indahnya hidupku bila dapat bersamamu. Semuanya terasa indah dan hari-hari yang aku lalui begitu bermakna dan masa kita bersama terasa begitu singkat dan berlalu dengan cepat. Semoga kita akan dapat bertemu lagi pada kali ini dan aku akan bersamamu denang sepenuh hatiku dan takkan aku persiakan mu sepertimana yang pernah aku lakukan kepadamu dahulu.

Aku harap aku kan punya kekuatan, aku harap aku kan punya masa yang cukup untuk bersamamu kali ini dan tidak akan terjadi seperti dulu. Aku tahu, kehadiranmu dahulu ku tidak mrnhargaimu. Hanya permulaan pertemuan kita aku terasa teruja, tetapi lama-kelamaan aku mula berubah, aku mula tidak menhargaimu, dan aku tahu waktu itu takkan datang kembali padaku dan aku harap jika ada waktunya lagi kita bertemuku, aku tidak lagi seperti itu. Aku harap kekuatan dan keinginanku untuk bersamamu sentiasa ghairah dan sentiasa membara sehangat api di gunung sahara.

Aku tahu kehadiranmu kali ini pasti jua dengan hidangan malam yang begitu indah buat santapan kita di malam yang sunyi itukan? Malam yang sangat aku dambakan untuk bersamamu. Pada kehadiranmu dahulu, kau telah pun hulurkan malam yang indah itu buat aku, tapi aku ini bodoh dan tidak tahu menghargai sesuatu yang sangat berharga itu. Malam indah yang kau hulurkan padaku satu ketika dahulu dipersiakan begitu sahaja. Malam yang indah itu berlalu hilang bagai angin dihembus sahaja. Aku pentingkan lenaku lagi daripada bersamamu disatu malam yang sangat indah itu. Aku memang bodoh. Satu malam yang indah sudah terhidang di depan mataku, satu malam yang sangat indah dan aku tahu semua manusia mahukan malam yang indah itu, tetapi kerana kebodohan, malam yang menjadi kegilaan ramai aku persiakan begitu sahaja. Bila kau tiada disisi, bila kau pergi,barulah terasa rugi dan menyesal.

Hari ini 10 Syaaban, dan sudah tidak lama kau akan datang lagi. Aku menunggumu dengan penuh harapan aduhai Ramadhan Al Mubarak. Aku rindukan malammu si Lailatul Qadar. Ya ALLAH, kau berilah aku kekuatan dan izinkanlah aku bertemu lagi Ramadhan Al Mubarak, moga-moga diri ini dapat menebus segala kerugian yang pernah aku lakukan.

Ya ALLAH Dengan namaMU Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani,.berilah aku kekuatan rohani dan jasmani untuk aku bersama ramadhan kali dengan penuh bermakna kerana aku tahu, hidupku belum tentu bilakah waktunya akan pergi. Selagi ada waktu, aku sentiasa menunggumu Ramadhan Al Mubarak.

Thursday, July 15, 2010

NASI KABSA VERSI KELANTAN.

Terasa rajin la pulak hari ini ingin mencuba resepi baru, bukan baru dicipta tapi baru dipelajari...Nasi Kabsa..huhu.
Anda pernah makan ker???.

Aku pun tak pasti la apakah nama sebenar/ ejaan yang betul bagi nasi ini.
Nasi Kabsa/ Kapsa/ Kapsah ???.
Tp apa yang penting nasi ini ialah antara makanan terkenal masyarakat arab.
Aku sempat menuntut cara membuatnya melalui seorang seniorku di Shoubra ini.
Beliau memang hebat la dalam bab masakan ini, semua masakan boleh, kecuali nasi kerabu satu jer... hehehe.
Tapi sayangnya beliau sekarang ini berada ditahun akhir, banyak lagi yang aku ingin pelajari daripadanya.

Sebenarnya kalau dalam bab masakan ini kalau kita hanya pelajari/ tahu cara buat sahaja tanpa kita mencuba untuk buat/ mempraktiknya maka itu hanya sia-sia.
Perkara yang penting ialah kita mencubanya.
Garam banyak mana, gula banyak mana yang ingin diletakkan.
Antara perkara yang aku minat ialah memasak.
Apa nie, memasak ialah kerja orang perempuan.
Biarlah apa yang orang nak kata, yang penting hati kita senang.
Satu perasaan yang cukup hebat dirasai apabila masakan yang kita masak dimakan oleh orang dengan penuh selera, sehingga licin periuk. Satu perasaan yang cukup hebat aku rasai. Hilang segala keletihan memasak.

Sebenarnya cara membuat nasi kabsa nie tak susah pun, cuma bajet untuk membuatnya mahal sedikit.
Beras yang digunakan mestilah beras basmati, beras yang kata orang gred A la.

Alhadulillah, berada dinegara arab nie selain dapat pelajari bahasa arab, dapat juga dipelajari masakannya.
Kalau nak jadi hebat lagi, dalam fatrah cuti ini kita boleh minta bekerja dikedai-kedai arab, belajar daripada tuan asal sendiri.
Itu lebih afdal dan lebih tinggi sanadnya..huhu.

Ilmu aku ini tidak boleh untuk diajarkan kepada orang lain lagi, kerana aku sendiri pun masih dalam praktikal.
Tidak boleh diperkenalkan lagi, khas untuk ahli bait sahaja...hehehe.


nasi kabsa versi kelantan




Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

Thursday, July 8, 2010

SYUHADA' ASSAHARA'

Siapakah syuhada' assahara' ini ?.
Assahara' bermaksud ahli-ahli sihir.
Kisah mengenai mereka ada dinukilkan didalam Al-Quran al-Karim, Surah al-A'raf (113-126).

NABI MUSA A.S

Tatkala Nabi Musa a.s bersama saudaranya Nabi Harun a.s masuk menghadap Firaun untuk menyampaikan dakwahnya, Firaun dan pemuka-pemukanya menghendik dan meminta didatangkan bukti jika Nabi Musa a.s mendakwa mereka daripada orang-orang yang benar.

Maka ketika itu Nabi Musa a.s melemparkan tongkat yang berada ditangannya dan tongkat itu bertukar menjadi seekor ular yang besar.

Terkejut Firaun dan pemuka-pemukanya itu, setelah kelu lidah untuk menghujjahnya maka mereka mendakwa itu adalah sihir.

Akhir sekali dipanggilkan sekalian ahli-ahli sihir Firaun untuk melawan Nabi Musa a.s ini.

AHLI SIHIR FIRAUN

Mereka ialah orang cerdik pandai ketika itu. Terpelajar dan intelektual.

Tujuan mereka dipanggil adalah untuk melawan dan mengalahkan sihir Nabi Musa a.s yang didakwa oleh Firaun dan pemuka-pemukanya itu.

Maka berlawanlah mereka dengan Nabi Musa a.s.
Ketika mana mereka menyaksikan ular-ular sihir mereka ditelan oleh ular daripada tongkat Nabi Musa a.s, maka jiwa mereka mengatakan bahawa apa yang dibawa oleh Nabi Musa a.s ini bukanlah sihir.
Sepanjang pengajian mereka tidak akan berlaku perkara-perkara seperti ini.
Mereka beriman dengan tuhan Nabi Musa a.s dan Nabi Harun a.s.
Mereka telah lupa janji mereka pada Firaun pada permulaan dahulu.

Maka yang benar tetap akan dikatakan benar walaupun pahit.
Inilah cara dan kaedah bagi kumpulan/ golongan yang terpelajar. Tahu mana yang hak dan yang batil dan menyatakannya.

Akhir sekali mereka ini syahid setelah diminta oleh Firaun untuk kembali ke agama asal tapi mereka tetap enggan dan kesemua mereka disalib pada pokok.

ULAMA MUDA UMNO

Disini aku ingin kaitkan dengan peristiwa yang berlaku baru-baru ini. Peristiwa Ulama Muda menyertai UMNO.
Sungguh sedih dan kecewa bila memikirkan mereka ini.
Adakah mereka tidak tahu membezakan mana yang hak dan batil, mana yang thaarut.
Apakah beza mereka dengan ahli-ahli sihir Firaun itu.
Waallahu 'alam, serahkannya pada Allah s.w.t.


Betapa ramai hari ini, mereka yang mengaku sebagai Mahasiswa islam tetapi wadah perjuangan mereka tidak kearah membawa islam yang syumul. Berjuang atas dasar kebangsaan dan bangsa. Ada kepentingan peribadi dan sebagainya.

Betapa ramai juga kita saksikan hari ini intelek-intelek dan sainstis barat yang memeluk islam kerana ketakjuban mereka kepada ciptaan Allah s.w.t hasil daripada kajian-kajian yang mereka buat.

Perlunya Mahasiswa-mahasiswa islam membaca dan hadam sungguh-sungguh mengenai apakah hukum kita menggabungkan diri kita dengan kumpulan/ gagasan islam ?.
Apakah ciri-ciri sesebuah gagasan islam itu ?.
Apakah hukum kita berbilang-bilang gagasan islam di dalam sesuatu tempat ?.

Satu lagi perkara penting yang harus kita ingat ialah, Islam tidak memerlukan kita bahkan kita yang memerlukan islam untuk mencari keredhaan Allah s.w.t dan selamat didunia dan akhirat.

" Ya Allah, tetapkanlah pendirianku diatas jalan perjuanganMu ini ya Allah ".



Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

Sunday, June 27, 2010

Alhamdulillah... Selesai sudah.

Sudah agak lama tidak menulis untuk blog aku nie, masa yang tidak mengizinkan dan memaksa aku untuk menumpukan kepada kerja-kerja bagi memastikan program yang berlangsung berjalan dengan lancar. Aku bukanlah orang yang penting tetapi hanya sekadar orang suruhan sahaja, (orang Mesir panggil 'bawwab').

Walaubagaimanapun Alhamdulillah kerana segalanya sudah selesai dan berjalan dengan lancar.
Untuk pengetahuan pembaca, kami disini baru sahaja selesai program musim panas yang lebih dikenali dengan Liqa' Mahabbah (LIMA). Program ini merupakan program tetap yang akan mengisi kalendar DPM (MAQAZ) Shoubra setiap tahun.
Diadakan selepas imtihan bagi mengisi kekosongan masa mahasiswa sementara menunggu natijah dan dhur thani.

Aku telah dilantik menjadi sebahagian keluarga AJK pelaksana program ini, bersama-sama membantu menyumbangkan sedikit sebanyak tenaga dan kemahiran yang ada.
Banyak sungguh ilmu dan pengalaman baru yang aku dapat, perkara-perkara ini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit. Tidak dapat tidak ia perlu bekerja dan bergelumang dengannya maka ia akan dapat merasainya sendiri. Sungguh manis pengalaman ini.

Pertama kalinya aku dapat bekerja dengan sahabat-sahabat yang berasal daripada pelbagai negeri dan latar belakang. Ada yang daripada utara, timur, selatan dan pelbagai lagi.
Sebelum ini aku hanya bekerja dengan sahabat-sahabat daripada negeri kelahiran sendiri, pendapat dan pandangan kami lebih kurang sama. Akan tetapi bila berada dalam keadaan majmuk ini, pelbagai pendapat dan pandangan yang dapat.
Sedangkan dalam hal rasa masakan pun berbeza, contohnya orang utara sukakan masakan pedas, orang timur sukakan manis, dan orang selatan lain pula rasanya, inikan pula dalam hal yang lebih besar.
Pada pendapat aku ini merupakan satu kelebihan kami bekerja di Shoubra dan ia bukan kearah kekurangan.

Satu lagi perkara yang kita dapat dalam bekerja bersama-sama ini ialah kita akan dapat menilai sejauh manakah tali ukhuwwah persahabatan kita.
Adakah dia sahabat kita ketika senang sahaja, ataupun ketika senang dan susah.

Dalam kita berprogram perkara penting yang kita perlu takut ialah jangan disebabkan kita sibuk bekerja untuk program maka kita tidak menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. Solat jemaah lima waktu kita entah kemana, solat-solat sunat, amalan-amalan harian, dan lain-lain lagi.
Mungkin ada diantara kita sehinggakan tertinggal solat subuh, itu yang paling kita takuti.



Aku menyeru sahabat-sahabat marilah sama-sama kita menimba ilmu dan pengalaman semasa berasa disini. Kita bukan sahaja menimba ilmu daripada kitab-kitab dengan bertalaqqi bersama masyaikh, tetapi ilmu mengenai pengurusan dan sebagainya patut kita ambik cakna juga.
Kita patut fikir bagaimana hendak menangkis tohmahan yang dilemparkan bahawa orang yang belajar agama ini tidak pandai dalam pengurusan, protokol, dan sebagainya.

Akhir sekali, aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang telah sama-sama membantu aku sepanjang program ini berlangsung. Hanya Allah s.w.t sahaja yang dapat membalasnya.

Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

Thursday, June 10, 2010

Palestin - Dimanakah kita ?

" Dan tidak akan redha kepadamu (Muhammad) Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikuti agama mereka ".

Berdasarkan firman Allah s.w.t diatas, telah jelas kepada kita semua akan perangai Yahudi laknatullah. Maka tidak menjadi pelik jika puak-puak inilah yang melakukan kerosakan dibumi ini. Mereka akan membuat apa-apa sahaja asalkan ghayah (tujuan) mereka dapat dicapai.

Kita baru dikejutkan dengan satu lagi perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh mereka ini, menyerang dan membunuh ahli kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusian ke Gaza palestin. Mereka mendakwa kapal tersebut membawa senjata, padahal apa yang dibawa ialah makanan, pakaian, ubat-ubatan, dan lain-lain untuk diagihkan kepada rakyat Palestin.

Apa yang aku lihat, peristiwa ini berlaku ialah kerana hendak menyedarkan kembali terutamanya kebanyakkan umat Islam seluruh dunia yang semakin hari semakin lupa akan saudara-saudara kita di Palestin. Kita hidup dalam keadaan aman di negara kita, tetapi saudara-saudara kita bermandikan darah dan berhujankan peluru setiap hari.

Baru-baru ini sahabatku di Malaysia bertanyakan tentang keadaan/ suasana negara Mesir apabila berlakunya peristiwa ini.
Aku tidak tahu bagaimana ingin menceritakan kepadanya kerana apa yang aku perhatikan suasananya tidak banyak yang berubah. Tidak ada tunjuk perasaan (kecuali ada dibuat di Masjid Azhar), khutbah jumaat tidak menyentuh pun peristiwa ini, dan lain-lain.
Timbul satu kepelikan dalam diriku.
Rupa-rupanya suasana politik di Mesir amat jauh berbeza dengan Malaysia. Berdemo hanya dibenarkan dibuat didalam masjid, jikalau anda keluar daripada masjid maka pihak berkuasa berhak untuk menembak anda.

Satu kisah diceritakan oleh sahabatku.
Menjadi kebiasaan, ada diantara kami yang diminta oleh beberapa masjid disini untuk menjadi imam bagi solat 5 waktu.
Sahabatku ini diminta untuk menjadi imam bagi solat subuh di masjid berdekatan dengan rumahnya. Pada rakaat terakhir solat itu, beliau membaca doa qunut nazilah. Setelah selesai solat, dalam perjalanan beliau untuk pulang ke rumah, beliau telah ditahan oleh beberapa orang polis Mesir bertanyakan beberapa soalan. Polis tersebut menasihatkannya supaya tidak lagi menjadi imam selepas itu.

Sepatutnya bagi kita hendaklah melazimi qunut nazilah ini, bukan hanya ketika Palestin diserang baru hendak kita membaca qunut nazilah.
Inilah usaha yang mampu kita lakukan selain daripada sumbangan kita terhadap saudara-saudara kita disana.
Apa yang akan kita jawab apabila dituntut oleh mereka di akhirat kelak,
" kamu mengaku kami saudara kamu, tetapi dimanakah kamu sekalian ketika kami berhadapan dengan peluru-peluru dan bom. Kamu lena dibuai oleh mimpi-mimpi, tetapi kami tidak dapat tidur kerana bimbang diserang oleh musuh-musuh ".
Yang mampu kami lakukan ialah dengan berdoa, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kamu. Hendak pergi berperang kami tidak mampu.
Inilah jawapan kita terhadap mereka .

" Ya Allah, bantulah saudara-saudara islam kami, dan pejuang-pejuang agama-Mu di bumi Palestin ya Allah "...

Amin ya Rabbal 'alamin.

Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

Tuesday, May 25, 2010

12 BARISAN

Suatu ketika Muaz bin Jabal r.a mengadap Rasulullah s.a.w dan bertanya baginda: " Wahai Rasulullah tolong huraikan kepadaku mengenai firman Allah s.w.t, ertinya:
((Pada sangkala ditiup, maka kamu sekelian datang berbaris-baris)). "
(Surah al Naba')

Mendengar pertanyaan ini, baginda menangis dan basah pakaian dengan air mata. Lalu menjawab: " Wahai Muaz, engkau telah bertanyakan kepada aku, perkara yang sangat besar, bahawa umatku masing-masing dengan pembawaan mereka sendiri...".
Maka dinyatakan apakah 12 barisan tersebut.

BARISAN PERTAMA
Diiringi dari kubur dengan tidak bertangan dan berkaki. Keadaan mereka dijelaskan melalui satu seruan dari sisi Allah Yang Maha Pengasih: " Mereka ini adalah orang-orang yang sewaktu hidupnya menyakiti hati jirannya. Maka demikian balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEDUA
Diiringi dari kubur berbentuk babi hutan. Datanglah suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih:" Mereka itu adalah orang yang sewaktu hidupnya meringan-ringankan solat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka...."

BARISAN KETIGA
Mereka berbentuk keldai sedangkan perut mereka penuh dengan ular dan kalajengking. " Mereka itu adalah orang yang enggan membayar zakat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEEMPAT
Diiringi dari kubur dengan keadaan darah seperti air pancutan keluar dari mulut. " Mereka itu adalah orang yang berdusta di dalam jual beli. Maka inilah balasannya dan tempat mereka adalah neraka..."

BARISAN KELIMA
Diiringi dari kubur dengan bau busuk daripada bangkai. Ketika itu Allah s.w.t menurunkan angin sehingga bau busuk itu mengganggu ketenteraman di Padang Mahsyar. "Mereka itu adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula rasa takut kepada Allah s.w.t. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KEENAM
Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala mereka terputus dari badan. " Mereka adalah orang yang menjadi saksi palsu. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka..."

BARISAN KETUJUH
Diiringi dari kubur tanpa mempunyai lidah dari mulut mereka mengalir nanah dan darah. " Mereka itu adalah orang yang enggan memberi kesaksian di atas kebenaran. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KELAPAN
Diiringi dari kubur dalam keadaan terbalik dengan kepala ke bawah dan kaki ke atas. " Mereka adalah orang yang berbuat zina.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEMBILAN
Diiringi dari kubur dengan wajah hitam gelap dan bermata biru sementara di dalam diri mereka penuh dengan api gemuruh. " Mereka adalah orang yang makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sebenarnya.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEPULUH
Diiringi dari kubur dalam keadaan tubuh mereka yang penuh dengan penyakit sopak dan kusta." Mereka adalah orang yang derhaka kepada ibubapa.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KESEBELAS
Diiringi dari kubur mereka dalam keadaan buta mata kepala, gigi mereka memanjang seperti tanduk lembu jantan, bibir mereka melebar sampai ke dada dan lidah mereka terjulur memanjang sampai ke perut mereka dan keluar beraneka kotoran. " Mereka adalah orang yang minum arak.Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah neraka.."

BARISAN KEDUA BELAS
Mereka diiringi dari kubur dengan wajah yang bersinar-sinar laksana bulan purnama Mereka melalui titian sirat seperti kilat. . Maka datang suara dari sisi Allah Yang Maha Pengasih memaklumkan:
"Mereka adalah orang yang banyak berbuat baik, mereka menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat, ketika meninggal dunia keadaan mereka sudah bertaubat. Maka inilah balasannya dan tempat kembali mereka adalah syurga, mendapat keampunan, kasih sayang dan keredhaan Allah Yang Maha Pengasih.."

Manusia tidak terlepas dari kesalahan dan dosa. Tapi Allah swt memberi jalan untuk kita bagaimana untuk menghapuskan kesalahan dan dosa makhluk insan ciptaanNya. Marilah kita sama-sama bertaubat sebelum terlambat. Semoga segala kesalahan dan dosa kita diampunkan oleh Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Pengampun segala dosa. Semoga bila kita dibangkitkan kita berada bersama di dalam Barisan Kedua Belas itu.
Amin ya Rabbal Aalamin.

Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

Wednesday, May 12, 2010

HIKMAH DAN PENGAJARAN

Walaupun keputusan akhir yang kami terima sedikit mengecewakan, akan tetapi kami terimanya dengan redha dan hati yang terbuka. Mungkin ada seribu satu hikmah daripada peristiwa yang berlaku.

Imtihan yang akan berlansung pada bulan Julai nanti menyebabkan kami mempunyai masa yang panjang untuk mengulang kaji madah-madah untuk tahun 1 ini dengan sehabis-habisnya.
Imtihan yang bakal kami tempuhi ini penuh dengan cabaran kerana ia akan dikira dhur shani, tiada istilah dhur awal bagi kami, tetapi kami tetap bersyukur kerana dapat juga masuk imtihan. Alhamdulillah...

Dalam keadaan ini, suka aku mengajak sahabat-sahabat untuk muhasabah diri masing-masing. Mungkin apa yang berlaku ini ada hubung kait dengan kehidupan kita disini.
Janganlah sahabat-sahabat hanya menunding jari kearah orang lain sahaja.
Ingatlah ketika kita menunding jari kearah orang, satu jari sahaja yang ditunjukkan, dan tiga jari lagi kembali kearah kita. Ini menunjukkan kita perlu check diri kita yang lebih sebelum menyalahkan orang lain.
Tulisan aku kali ini bukanlah untuk menyalahkan sesiapa, tapi untuk diri aku sendiri dan buat renungan sahabat-sahabat sekalian.

KISAH PERANG UHUD

Peperangan ini berlaku pada 7 Syawal, tahun ke-3 hijrah. Peperangan ini tercetus kerana terdapat sebahagian pimpinan quraisy yang tidak terbunuh di dalam Ghazwatul Badar ( Peperangan Badar) telah bermesyuarat sesama mereka, untuk melancarkan serangan menuntut bela diatas kematian pejuang-pejuang mereka di dalam Peperangan Badar Al-Kubra. Hasilnya, mereka telah bersetuju untuk menyerang Rasulullah s.a.w di Madinah. Kesemua mereka yang keluar adalah seramai tiga ribu pejuang.

Dalam peperangan ini, Rasulullah s.a.w menempatkan lima puluh orang pemanah diatas bukit di belakang tentera Muslimin, dilantik 'Abdullah bin Jabir r.a sebagai ketua pasukan pemanah itu dan Rasulullah s.a.w berpesan kepada mereka : " Berjuanglah kamu didalam saff (barisan) kamu dan pertahankanlah belakang kami dari serangan. Jika kamu dapati kami menang janganlah kamu turun menyertai kami, begitulah juga jika kamu dapati kami diserang jangan kamu turun menolong kami, walaupun kami dimakan oleh burung-burung gagak sekalipun ". Begitu keras sekali pesanan Rasulullah s.a.w itu.

Pertempuran pun mula memarak, pertembungan semakin sengit. Orang Islam menunjukkan kemaraan mereka yang mengkagumkan. Allah s.w.t mengurniaka pertolonganNya kepada orang Islam dimana kaum musyrikin lari menyelamatkan diri masing-masing tidak menghiraukan harta dan perempuan-perempuan mereka. Orang Islam pun memburu dari belakang dan menawan apa yang boleh ditawan.
Di masa ini, pemanah-pemanah diatas bukit bercakap-cakap sesama mereka bila melihat kemenangan orang Islam. Sebahagian daripada mereka turun dari tempat pertahanan mereka dengan sangkaan bahawa peperangan sudah selesai.
Hanya tinggal 'Abdullah bin Jabir r.a bersama-sama sebilangan kecil sambil menyebut-nyebut pesanan Rasulullah s.a.w.

Kemudian Khalid bin Walid (ketika ini masih musyrik) melihat Bukit Uhud sudah kosong dari pertahanan, memimpin semula tentera musyrikin menyerang tertera Muslimin. Di masa ini orang Islam sudah terdedah dan dan mula dikuasai ketakutan. Dalam keadaan ini orang Islam berperang dalam tidak teratur lagi.

Akhirnya, tentera Muslimin mencapai kemenangan yang tipis dan ramai para sahabat syahid dalam peperangan ini.

PENGAJARAN

Kalau dilihat pada Peperangan Uhud ini, banyak pengajaran dan i'tibar yang dapat diambil. Kisahnya cukup panjang jika ingin diulas, cukuplah sekadar ringkasan sahaja.
Cumanya disini aku ingin tumpukan kepada peristiwa Rasulullah s.a.w menempatkan pasukan pemanah diatas Bukit Uhud dan memberikan pesanan mereka. Pesanan Rasulullah s.a.w itu sungguh tegas, menyuruh sahabat-sahabatNya supaya memegang amanah yang telah diberikan. Akan tetapi pada kemuncak peperangan ini, mereka seolah-olah lupa pesanan Rasulullah s.a.w itu.

Sahabat-sahabat, apakah tujuan kita datang ke Mesir ini hinggakan sanggup kita terbang sejauh beribu-ribu batu ?
Sebelum kita meninggalkan tanah air kita menuju ke Ardul Kinanah (Mesir) ini, apakah janji-janji yang telah kita lafazkan dihadapan ibu-bapa kita, ustaz-ustaz kita, orang kampung kita...
Tidak lain tidak bukan adalah untuk belajar bersungguh-sungguh supaya apabila pulang ke tanah air suatu hari nanti, kitalah orang yang dapat menabur bakti kepada masyarakat kampung kita . Bukan semua anak-anak muda kampung kita berpeluang untuk belajar sampai ke bumi anbiya' ini. Ini ialah suatu nikmat yang besar bagi kita. Begitu besar harapan masyarakat kampung terhadap kita.
Kita datang kesini membawa amanah dan harapan yang begitu besar terpikul diatas bahu kita.

Bila kita menjejak kaki dibumi kinanah ini, terjadi suatu kejutan budaya bagi kita, dengan suasana yang jauh dari keluarga, semua keputusan bergantung kepada kita, tidak ada paksaan dan tegahan dalam sesuatu perkara yang ingin kita lakukan.

Pada satu dua bulan pertama berduyung-duyung kita sama-sama menuju ke kelas, bertalaqqi dengan masyaikh-masyaikh. Akan tetapi semakin hari semakin lupus perkara ini. Seingat aku ada suatu hari tu sehinggakan hanya 3 orang sahaja pelajar kita yang hadir ke kelas.
" Fiin Malizi ? ". " Syahid 'ala sharir ? ". Soalan yang selalu ditanya oleh Sheikh setiap kali masuk ke kelas.

Sahabat-sahabat, apakah kita telah lupa ghayah (tujuan) kita ?. Dimanakah amanah yang telah dipertanggungjawabkan ?.
Sekiranya ketidak hadiran sahabat-sahabat ke kelas kerana pergi bertalaqqi dengan masyaikh-masyaikh diluar Shoubra tidak menjadi masalah, akan tetapi yang menjadi masalahnya ialah sahabat-sahabat.....

Diantara syarat-syarat menuntut ilmu ialah, " al-ilmu berta'allum " iaitu berhadapan dengan guru, atau dengan kata lain bertalaqqi.
Pernah sekali Exco Pendidikan dan Pengetahuan Shoubra cuba berkongsi masalah ini padaku, aku cuba untuk memberikan beberapa cadangan. Akan tetapi setelah difikirkan beliau menyatakan perkara ini dibimbangi akan menjadi masalah pada masa hadapan. Aku hanya mendiamkan diri.
Pernah juga beberapa kali didalam kelas ketika Sheikh sedang mengajar, mudir maahad datang ke kelas untuk melihat keadaan pelajar-pelajar, setiap kali datang beliau akan marah melihat kehadiran pelajar ke kelas yang kurang memuaskan.

Kejadian yang berlaku pada kita hari ini ialah ujian daripada Allah s.w.t untuk menyedarkan kita semua.
Kita diibaratkan seperti pasukan pemanah yang berada di Bukit Uhud, pasukan pemanah inilah yang menjadi tunggak kekuatan tertera Muslimin ketika itu. Begitulah juga dengan kita sahabat-sahabat, kitalah harapan bagi masyarakat di kampung kita. Jikalau kita sebagai harapan mereka tidak mempunyai kemantapan dalam ilmu dan sebagainya, bagaimana untuk kita membimbing mereka. Adakah kita ingin sampaikan ilmu yang dari lintasan hati kita, bukan daripada ilmu yang kita telah dipelajari.
Apabila kita sampai ke bumi Mesir ini kita seolah-olah lari turun dari Bukit Uhud. Lupa akan janji-janji yang telah kita lafazkan. Renunglah sahabat-sahabat.

" Hamba aku yang paling aku sayangi ialah yang paling banyak diuji ". (Hadis Qudsi).
Tanda Allah s.w.t sayang akan hambaNya ialah dengan diberikan ujian. Cuba kita lihat para nabi, semuannya diuji oleh Allah s.w.t, bahkan ujian yang mereka terima lebih berat dari apa yang kita tempuhi pada hari ini.
Cuba kita perhatikan pula firaun laknatullah, dia tidak pernah diuji oleh Allah s.w.t hatta dia tidak pernah merasai sakit sepanjang hidupnya.
Sahabat-sahabat, hari ini kita diuji oleh Allah s.w.t. Tidak lain tidak bukan ujian ini ialah untuk menguatkan lagi semangat kita semua, ingat sahabat-sahabat kita sekarang ini berada dibumi dimana Nabi Allah Yusof a.s diuji, begitu juga Nabi Allah Musa a.s diuji. Janganlah sahabat-sahabat futur (putus asa) dek kerana ujian yang kecil ini.

" Allah s.w.t tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya ", Surah Al-Baqarah, ayat 286.
Sahabat-sahabat, ini menunjukkan bahawa kita kuat. Kemampuan kita mungkin lebih daripada orang lain, hanya Allah s.w.t sahajalah yang tahu.
Sama-samalah kita ambil i'tibar dan pengajaran daripada peristiwa yang berlaku ini. Bukanlah tulisan aku ini hendak mengata dan mengajar kepada sahabat-sahabat, tidak lain tidak bukan ia adalah sebagai renungan dan muhasabah untuk diri penulis yang lemah ini.

Marilah kita teruskan berdoa kepada Allah s.w.t supaya dipermudahkan segala urusan ini.
Sama-sama jugalah kita berdoa mudah-mudahan Allah s.w.t memberi hidayah dan petunjuk kepada mereka-mereka yang berusaha untuk menyusahkan dan menjatuhkan kita.




Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

Saturday, May 1, 2010

ISU KENAIKAN NAMA

Bukanlah menjadi suatu kepelikan apabila kita terdengar orang yang menuntut ilmu agama dihalang dan dipermainkan oleh pihak-pihak yang tertentu.
Suatu ketika dahulu di Malaysia, kita digegarkan dengan isu penutupan Sekolah Agama Rakyat (SAR) oleh kerajaan pusat. Alasan yan digunakan ialah kerana, institusi ini digunakan untuk melahirkan seseorang/ masyarakat yang akan menentang kerajaan.

Pada hari ini, mahasiswa/wi dibumi kinanah ini telah dilabelkan sebagai pembangkang kerajaan.
Politik yang mereka amalkan itu cukup kotor dan busuk, adakah patut sehinggakan mereka yang ingin belajar turut menjadi mangsanya. Busuknya sudah sampai ke usus.

Isu terbaru yang berlaku ialah isu kenaikan (muqayyad) nama mahasiswa/wi tahun satu qiraat. Bagi aku, ini ialah isu yang terbesar dan terpenting kerana ia melibatkan pengajian mahasiswa/wi dengan pihak Universiti Al-Azhar dan melibatkan pengajian utama kami.

Mengikut laporan yang dibuat oleh pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) Shoubra, pihaknya telah menghantar file mahasiwa/wi yang mengandungi syahadah, medical check-up, surat pengesahan dan beberapa dokumen lain lagi ke pejabat JPMK sejak bulan Januari lagi, akan tetapi bila pihak DPM bertanya di Idarah Wafidin Al-Azhar, mereka mengatakan file mahasiwa/wi ini belum sampai ke tangan mereka. Persoalannya, dimanakah file ini berada selama berbulan-bulan ?.

Tujuan utama penubuhan Jabatan Penuntut Kaherah Mesir (JPMK) adalah untuk memudahkan urusan-urusan mahasiswa/wi yang menuntut disini, bukan untuk membebankan. Akan tetapi, hakikatnya yang berlaku adalah sebaliknya.
Jikalau ini yang berlaku, lebih baik tidak ditubuhkan JPMK ini.

Dalam hal ini, adalah sangat mustahil untuk kita mempersalahkan pihak Universiti Al-Azhar. Universiti Al-Azhar adalah sebuah universiti yang tertua didunia akan menerima sesiapa sahaja yang berhasrat untuk menuntut ilmu dengannya.
Sahabat aku dari Brunei yang datang bersama dengan aku telah muqayyad namanya di maahad sejak Januari lagi. Akan tetapi kami, mahasiswa/wi Malaysia sampai kehari ini belum ada hitam putihnya.

Nasihat aku kepada JPMK ialah, jangan anda cuba bermain-main dengan api. Kami tidak mahu bersikap melampaui batas dalam hal ini. Cukuplah sekadar desakan-desakan untuk menyedarkan anda dari dibuai mimpi.
Tolonglah ambik cakna terhadap urusan-urusan yang penting ini. Jangan hanya sibuk memikirkan untuk menjatuhkan mahasiswa/wi sahaja.

Akhir sekali, kami memohon kepada Allah swt supaya memudahkan segala urusan-urusan dan masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.
Perkara ini berlaku kerana ada hikmah disebaliknya. Mungkin dilain waktu akan ku ulaskan mengenainya, supaya ianya dapat diambil i'tibar oleh sahabat-sahabatku sekalian.

Wallahua'lam..


Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

Tuesday, April 13, 2010

FATRAH IMTIHAN.

Bila sebut imtihan, tiba-tiba rasa berdebar-debar hati ini. Itulah salah satu perkara yang paling ditakuti oleh insan yg bergelar pelajar. Namun kita suka atau tidak, kita kena hadapi juga imtihan ini kerana imtihan itulah yang akan menilai sejauh mana kefahaman kita sepanjang kita belajar.

InsyaAllah pada 18.4 ini bermulalah fatrah imtihan untuk semua pelajar Qiraat Shoubra. Satu tempoh yang dinanti tapi sangat ditakuti, dinanti sebab lepas imtihan ini cuti...ditakuti sebab persedian masih tidak mencukupi. Al-Quran, Matan, dan madah-madah lain lagi masih berterabur.
" Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku..."




Kepada keluarga tercinta juga buat kawan2 yang jauh di tanah air jangan lupa doakan aku moga tenang menghadapi fatrah ini dan akan berjaya. InsyaALLAH

"Allahumma najihna fil imtihan..."
" Rabbi yassir wala tua'ssir ..."
Amiin...


Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

Wednesday, April 7, 2010

DUNIA ATAU AKU...

Di suatu daerah, terdapat dua orang sheikh yang begitu alim. Mereka menjadi tempat tumpuan masyarakat, tempat untuk bertanyakan segala hal. Kemana sahaja mereka pergi pasti akan dikerumuni oleh manusia.

Kehidupan sheikh A sangat zuhud, tinggal dirumah hasil peninggalan kedua ibu-bapanya, tidak mempunyai harta. Wang yang ada hanya sekadar untuk makan sehari-hari bersama isterinya yang tercinta dan anak-anak.

Manakala kehidupan sheikh B sedikit berbeza dengan sheikh A. Beliau hidup dalam sedikit kemewahan akan tetapi tidaklah sampai pada tahap pembaziran dan sebagainya.

Pada suatu hari, telah bersepakat isteri kepada dua orang sheikh ini untuk keluar ke pantai mengambil angin sambil membawa anak-anak mereka untuk bermain-main. Hubungan kedua-dua keluarga ini amat erat. Disuarakan hasrat mereka berdua ini kepada suami masing-masing. Diizinkan mereka akan tetapi suami mereka tidak dapat untuk sama-sama menyertai dek kerana masing-masing sibuk.

Pada hari yang ditetapkan, keluarlah kedua-dua keluarga tersebut ke pantai sambil membawa sedikit bekalan makanan untuk suapan tengahari nanti.

Begitu seronok mereka melayan kerenah anak masing-masing sehinggakan sedar tidak sedar matahati sudah tinggi diatas kepala.

Masing-masing berhenti rehat dan mengeluarkan bekalan yang dibawa untuk dijamu. Maka mengeluarkanlah isteri kepada sheikh B bekalan yang dibawanya. Terdapat pelbagai jenis makanan yang sedap-sedap. Ayam, manis-manisan, roti yang lembut, dan sebagainya.
Lihat akan isteri kepada sheikh A akan hidangan tersebut dan kemudian merenung kearah makanan yang dibawanya, hanya roti yang keras dan sedikit susu. Oleh kerana berasa malu dan segan, maka beliau membatalkan hasrat untuk mengeluarkan bekalan yang dibawa olehnya. Mereka sama-sama menjamah bekalan yang dibawa oleh isteri sheikh B.
Setelah selesai menjamu selera, masing-masing bersiap-siap untuk pulang ke rumah kerana sudah hampir masuk waktu zohor.

Maka pulanglah mereka sambil isteri sheikh A membawa pulang semula bekalan yang dibawanya tadi.
Setelah isteri sheikh A sampai dirumah, dilihat suaminya ada dirumah. Diberi salam dan terus masuk kedalam rumah dalam keadaan riak muka yang sedih tanpa menyapa suaminya itu. Suami berasa suatu kepelikan, biasanya isterinya tidak pernah berperangai seperti itu. Maka timbul pelbagai persoalan di fikirannya.

Sheikh A terus bangun mendapatkan isterinya yang tercinta,
" Wahai isteriku yang tercinta, aku berasa pelik dengan tingkah laku engkau ini. Pagi tadi semasa engkau hendak melangkah keluar, aku lihat engkau begitu gembira. Akan tetapi diwaktu pulang, aku lihat engkau dalam keadaan yang sedih dan tidak bersemangat. Cubalah engkau ceritakan pada aku apakah halnya yang telah berlaku yang membuatkan engkau bersikap begini ". Tanya Sheikh A pada isterinya untuk mendapatkan kepastian.

Diam membisu si isteri.
" Wahai isteriku, ceritakanlah. Mungkin aku akan dapat membantumu. Kalau engkau terus bersikap begini, ini akan membuatkan aku berasa susah hati ". Rayu Sheikh A pada isterinya supaya beliau meluahkan apa yang terbuku dihatinya itu.

" Aku memohon maaf jika sikapku ini membuatkan engkau susah hati ", jawab si isteri memecahkan kesunyian.

" Aku berasa sedih dan dengki melihat isteri sahabatmu iaitu Sheikh B hidup dalam keadaan yang senang dan gembira. Mereka memakai pakaian yang berkauliti, makan makanan yang enak-enak, tinggal dirumah yang serba cukup lengkap, dan sebagainya. Sedangkan engkau dan sahabatmu itu sama-sama tuan guru, dipandang mulia pada kaca masyarakat ".
sambung si isteri.

Merenung Sheikh A ke mata isterinya sambil bertanya,
" Tidakkah kehidupan kita sebelum ini belum cukup gembira dan mencukupi ".

" Bukan begitu maksudku wahai suamiku yang tercinta. Aku sudah cukup gembira dengan apa yang kita miliki ini dan cukuplah ini untuk kita sekeluarga hidup ". Jawab si isteri.

" Oleh itu, apakah lagi yang engkau mahukan ? ". Tanya Sheikh A.

Diam si isteri, tanpa disedari menitis air matanya. Berat untuk dia luahkannya.
" Kalau boleh aku hendak merasa memakai pakaian yang berkualiti, memakai perhiasan diri, makan makanan yang enak-enak, dan tinggal di rumah yang serba cukup lengkap ".
Jawab si isteri.


bersambung ke episod seterusnya...

Saturday, March 27, 2010

Nasi Kerabu

Apabila disebut nasi kerabu, maka secara automatiknya orang akan tergambarkan Kelantan. Ini mungkin kerana nasi kerabu berasal daripada Kelantan, dan yang menjadi salah satu simbol makanan bagi Negeri Kelantan adalah nasi kerabu.

Menjadi suatu kecacatan jika seseorang yang asal usulnya dari Kelantan, akan tetapi tidak tahu cara pemprosesan nasi kerabu.
Pada minggu lepas, kami daripada DPM (Dewan Perwakilan Mahasiswa) Shoubra sempat untuk menyertai Bazaria Mutiara (BKAN Pinang) dan FIESTA (BKAN KL).
Menu kami ialah Nasi Kerabu dan Pasembor. Shoubra memang terkenal dengan dua menu ini. Aku dan beberapa orang sahabat dari Kelantan telah dilatih dan diajar cara-cara untuk membuat nasi kerabu. Sifu aku ialah Ustaz Salman. Beliau merupakan senior aku ketika di MTQ (MAIK) dahulu. Tujuan beliau melatih kami adalah supaya ada pengganti dan pewaris setelah beliau pulang ke Malaysia nanti.

Bagi aku, ini adalah suatu ilmu yang cukup berharga. Kami dilatih untuk menyediakan makanan bukan hanya untuk 5,6 orang, akan tetapi untuk 100, 200 orang. Memang perkara ini cukup susah jika tanpa latihan dan tunjuk ajar. Diantara kelebihan hidup di Shoubra ialah, semua perkara dilakukan oleh kami. Kerja yang sepatutnya dilakukan oleh akhawat, kami lakukan. Oleh itu banyak perkara-perkara baru yang dapat kami pelajari, perkara ini mungkin tidak dapat dirasai oleh mereka yang berada di Malaysia.

Suatu perasaan yang dapat aku rasai ialah, setelah keletihan menyediakan makanan, sampai tidak tidur malam. Akan tetapi setelah kita lihat mereka makan dengan gembiranya, secara tiba-tiba hilang keletihan tadi, dan berusaha untuk memasak lagi. SubhanAllah. Sungguh hebat perasaan ini. Adakah perasaan ini yang dikurniankan oleh Allah s.w.t kepada ibu-ibu, mereka telah memasak untuk kita selama bertahun-tahun tanpa ada rungutan dan keluhan.

Aku teringat kata-kata seniorku, " sini bukan tempat untuk mencari keuntungan untuk diri, akan tetapi untuk mencari pengalaman. Dan ini akan kita curahkan nanti ".

Mudah-mudahan apabila aku pulang ke Malaysia nanti aku dapat mencurahkan khidmat aku dan berbakti kepada masyarakat. InsyaAllah...



Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak 3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir.

Sunday, March 7, 2010

Al-Kisah.

Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor.

Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang-bengkok. Tiba di pertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya. "Tok, tumpang ke Pekan". " Boleh, naik di belakang ", jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang. Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok Batin. " Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni ".
" Apa salahnye, naiklah di belakang ".


Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anak buahnya itu dibelakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan. Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin, polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.

" Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati ". Marah Tok Batin. " Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi ". " Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh, tak boleh tumpang lagi........ "

Monday, March 1, 2010

BAHASA ARAB...

Alhamdulillah diatas segala nikmat yang tidak terhitung banyaknya, sudah lama rasanya tidak menulis untuk blog aku ini. Dek kerana masa yang kurang mengizinkan dan ditambah pula dengan sifat malasku ini.

Bahasa Arab merupakan satu elemen yang begitu penting bagi mahasiswa dan mahasiswi terutamanya azhari yang berada di bumi Anbia ini untuk menggali dan mencari mutiara-mutiara ilmu. Tapi apa yang aku perhatikan selama hampir setengah tahun berada disini kebanyakan Azhari kurang menitik beratkan hal ini. Disebabkan itu jika dibandingkan mahasiswa/wi yang lepasan daripada Jordan, Syiria, Yaman, dan Tanah Haram lebih mantap penguasaan bahasa arabnya berbanding lepasan Mesir sendiri. Maksud aku disini penguasaannya bukan dari segi nahu dan sarfnya sahaja, tapi dari segenap sudut. Dari penguasaan bahasanya, balaghah dan sebagainya.
Suatu ketika dahulunya mahasiswa lepasan Mesir ini 'ditabik' dari segi bahasa arabnya.
Ada seorang ustazku semasa di Maahad Muhammadi Lelaki dahulu, beliau dijadikan tempat rujukan bagi semua ustaz-ustaz. Beliau adalah salah seorang pelajar lepasan Azhar.

Teringatku kisah yang pernah diceritakan oleh Ustaz Uthman Yahya ketika mana beliau menemuduga salah seorang pelajar lepasan Azhar. Disuruhnya untuk membaca kitab arab, maka dibacanya dengan nahu dan sarf entah kemana, baris lintang-pukang. Tidak mengikut kaedah-kaedah bahasa arabnya.

Memang benarlah ada sesetengah pelajar-pelajar pondok memandang remeh terhadap golongan Azhari pada hari ini. Sebelum aku merantau dibumi Mesir ini, sempat beberapa bulan aku menadah kitab thurath dipondok. Tujuan sebenar aku adalah untuk mengambil pengalaman hidup dipondok dan keberkatan daripada Tuan Guru sendiri. Banyak pengalaman-pengalaman baru yang aku dapat selama berada disana. Ada sesetengah pondok, mereka melarang untuk dibina bangunan yang baru untuk menggantikan pondok-pondok yang uzur itu. Bukan bermaksud disini mereka menolak kemajuan. Akan tetapi, tujuan yang utama adalah untuk mendidik pelajar-pelajar itu sendiri. Memang aku sendiri telah jatuh hati terhadap kehidupan disana. Mungkin dilain masa aku akan ceritakan pengalaman manis tersebut, dapat bergaul mesra dengan Tuan Guru dan sebagainya.
Apabila kali pertama mendengarnya terasa marah juga, tapi apabila sampai sendiri dibumi Mesir ini barulah aku tahu realitinya. Siapakah yang harus dipersalahkan???...Jawapannya kita sendiri, kerana kurang mengambil cakna terhadapnya. Kita mesti mengakui kelemahan yang ada pada diri kita kerana kecuaian kita sendiri.

Sehubungan itu sebagai pelengkap kepada bagi setiap penuntut ilmu dalam merealisasikan hasrat ini, penguasaan Bahasa Arab yang mantap amat diperlukan.
Penulis sendiri ketika ini sedang mengikuti kelas pengajian bahasa arab di Markaz Nil, apa yang menarik tentangnya ialah kemahiran yang diajar ialah merangkumi semua, bukan sahaja kaedah nahu sarf sahaja. Sekelas dengan pelajar-pelajar daripada negara-negara seperti Turki, China, Tarjikistan dan sebagainya dapat melatih penulis untuk berkomunikasi dalam bahasa arab. Belajar dan dapat beramal.
Ada seorang teman sekelas penulis berasal dari negara Thailand. Beliau telah berada dibumi Mesir ini selama 5 tahun. Akan tetapi beliau mengikuti juga kelas ini kerana ingin mendapatkan bahasa arab fusha. Kaedah nahu sarf dan bahasa arab amminya sudah cukup mantop. Apabila ditanya, tujuannya ialah tidak lain tidak bukan untuk memperkukuhkan bahasa arab fusha sahaja.
Ustazku pernah menyebut, " anta kalu hebat/ masyi bahasa arab ammi pon, bilo blik Malaysia anta x guno doh bahaso tuh. Nk baco kitab, nk kechek dgn org2 laen guno bahaso arab fusha doh. Nk faham maksud al-Quran pon guno bahaso fusha. Ko anta nk baco kitab guno bahaso ammi. Bahaso ammi nie maso dok Mesir jah guno nyo, jd x pyh la dok tekan2 sngt utk bahaso ammi. Kalu anta mahir bahaso fusha, bahaso ammi tu akan pandai dgn sndiri ".
Oleh itu ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa bahasa ammi ini musuh bagi bahasa fusha. Kerana apa, kerana ia memecah-belahkan kaum Muslimun. Sedangkan bahasa arab fusha ia menyatukan umat Islam semua, setiap masa dan ketika. Contohnya, lihat sahaja pada al-Quran al-Karim, semua umat diseluruh dunia membacanya dengan menggunakan bahasa arab fusha.

Sebahagian guru-guru kita menyebutkan bahawa ilmu nahu dan sarf ini diibaratkan seperti Ibu dan Ayah bagi seorang anak dara sunti.Anak dara yang maksudkan disini ialah ilmu-ilmu lain yang terdapat di dalam Islam seperti Tafsir, Hadis, Fiqh dan lain-lain. Maka jika ingin mendapatkan anak dara tersebut, mahu tidak mahu perlu bagi kita untuk mendekati ibu dan ayah bagi anak dara tersebut. Jika kita dapat menawan hati ibu dan ayah tersebut maka dengan mudah kita akan dapat menawan hati anak dara tersebut. Ini sekadar perumpamaan. Maksudnya jika kita mampu menguasai ilmu nahu dan sarf dengan baik maka ilmu-ilmu lain juga akan menjadi mudah untuk kita fahami.

Tidak akan hilang dan rosak bahasa yang turun dengannya al-Quran.


Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak no.3, Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra, Kaherah, Mesir.

Monday, February 8, 2010

AYYAMUL UTLAH.

maka bermula lah fatrah cuti pertengahan tahun bagi kami di ardul kinanah ini. Siang berganti malam, sedar tidak sedar sudah 4 bulan 6 hari aku berada di bumi Mesir ini. Begitu cepat masa ini berlalu.
Benarlah Hadis Nabi s.a.w, daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah s.a.w bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat, maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
H.R Tirmizi

Berada jauh di perantauan, jauh daripada keluarga tercinta, hati ini begitu merintih kerinduan. Akan tetapi apakan daya.." Oh!, 2 minggu sahaja cuti ". getus hati ku. "Sempatkah untuk aku mengambil nafas melepaskan lelah seketika, untuk ku menqadakan tidur yang tidak kesudahan puasnya". ish!, apakah perasaan ini, nauzubillah. Tidak patut bagiku seorang penuntut ilmu untuk berfikiran seperti itu. Akan tetapi, sungguh lemah diriku ini. Ditambah pula dengan tiupan angin sejuk yang mengulik jiwa, terkadang-kadang dihanyutkan oleh bungkusan 'saratoga'.
Teringat kata-kata para ulama', "jikalau anda menuntut ilmu agama siang dan malam, dan tidur itu hanya dijadikan sekadar hajat sahaja selama 10 tahun berterusan, maka anda baru sahaja memperolehi kunci kepada ilmu tersebut". Subhanallah, masih jauh kesungguhanku dalam menuntut ilmu ini.
"Ya Allah, kau tetapkanlah hatiku ini dalam menuntut ilmu Mu ya Allah".

Ramai sahabat-sahabatku tidak melepaskan peluang dalam fatrah cuti ini untuk mengunjungi negara-negara berhampiran, seperti Jordan, Syiria, Yaman, Turki, dll. Ini untuk mereka yang mempunyai bajet yang lebih sahaja. Teringin juga hati ini jika diizinkan oleh Allah s.w.t suatu hari nanti untuk memijak bumi negara-negara tersebut. InsyaAllah...
Aku pula, apakah perkara-perkara yang dapat aku lakukan dalam mengisi masa teruang ini. Hendak berjaulah ke luar negara tidak mempunyai wang. Kalau boleh aku ingin isikan dengan perkara-perkara bermanfaaat.

Beberapa hari lepas aku terbaca satu iklan di facebook mengenai satu kursus yang akan diadakan dalam masa cuti ini. Iaitu Kursus Adobe Photoshop, yang akan berlangsung di rumah BKAN Pulau Pinang selama 3 hari dengan bayaran yang begitu murah. Tidak boleh dilepaskan peluang ini, getus hatiku. Aku begitu meminati seni grafik ini, tetapi kemahirannya masih kurang. Hanya sempat belajar melalui sahabat-sahabat sewaktu di MTQ dahulu.
Alhamdulillah masih terdapat kekosongan untuk aku menyertainya.

Minggu pertama ini akan aku isikan dengan menyertai kursus tersebut. Manakala minggu kedua, apa yang perlu aku buat ?. Apakah perkara yang aula aku lakukan???...
InsyaAllah jikalau diberikan kemudahan oleh Allah s.w.t aku ingin menziarahi sahabat-sahabat yang berada di luar muhafazah Kaherah. Sudah bising kedengaran mereka asyik bersungut padaku, bilakah aku ingin menziarahi mereka. Sejak aku sampai ke sini belum sempat untuk bertemu mata dengan mereka.
Sahabat-sahabat sewaktu kami sama-sama belajar di Malaysia suatu ketika dahulu. Ada diantara mereka yang sudah beristeri, dan sudah mempunyai 2 orang anak. Sungguh irihati aku melihat keadaan mereka, sudah mempunyai zuriat sebagai penyejuk mata. Aku!!!, masih keseorangan.
Akan tetapi aku bersyukur kepada Allah s.w.t dengan keadaanku ini, banyak hikmah disebaliknya. Aku fikir aku masih belum mampu untuk menguruskan rumah tangga, sedangkan diri sendiri pun belum terurus. Aku serahkan jodohku kepada Dia yang Maha Esa. Semoga dikurniakan kepadaku isteri dan anak-anak yang penyejuk mata dan menggembirakan hati.

Mungkin fatrah cuti selama 2 minggu ini terasa sangat singkat bagiku, banyak perkara yang aku tangguhkan ingin aku tunaikan kerana sebelum ini tidak mempunyai masa yang sesuai.
Teringat aku sabda Nabi s.a.w "maka sesungguhnya bersibuk-sibuk dalam menuntut ilmu itu adalah sebaik-baik ketaatan kepada Allah s.w.t".
Mudah-mudahan aku dimasukkan didalam golongan tersebut.
Amin.....

Satu lagi tempat yang wajib aku kunjungi iaitu 'ma'rad', (Pesta Buku Antarabangsa Egypt). Peluang ini tidak akan aku lepaskan kerana ianya hanya berlangsung satu kali setahun.
Mengikut fakta yang aku terbaca, pesta buku Egypt ini adalah pesta buku yang kedua terbesar didunia selepas pesta buku di negara German. Sungguh beruntung rasanya kerana berada di bumi Mesir ini, ada kelebihan dan keistimewaannya yang tersendiri.
"Ya Allah, berikan lah daku kemudahan dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Tiada yang dapat memberi kemudahan melainkan Engkau Ya Allah".


Aubidullah Fahim Ibrahim,
Teratak
3 Syari' Sharobeam Beshay,
Shoubra Kaherah Mesir
.

Thursday, February 4, 2010

HADIAH TERBAIK DAN TERBURUK

Seorang ibu yang dermawan telah menghadiah seekor kambing kepada Luqman al-Hakim Rahimahullah seraya berpesan: "Sembelihlah kambing ini dan berikan saya bahagian yang terburuk daripadanya untuk saya makan."

Setelah disembelih, dikirimkan kepada ibu tersebut hati dan lidah kambing itu.

Beberapa hari kemudian, ibu itu sekali lagi menghadiahkan seekor kambing dan berpesan agar sesudah disembelih dikirimkan juga kepadanya sebahagian daripadanya. Pada kali yang kedua ini, bukan lagi bahagian yang terburuk yang dipesankannya, tetapi dimintanya bahagian yang terbaik daripada kambing itu.

Setelah kambing disembelih, Luqman al-Hakim mengirim hati dan lidah juga kepada ibu yang dermawan itu.
"Kenapakah tuan mengirimkan kepada saya lidah dan hati ketika saya meminta bahagian yang terburuk, dan kenapakah yang itu juga dikirimkan ketika saya memesankan bahagian yang terbaik daripadanya?" tanya ibu tersebut kepada Luqman.
Luqman menjawab: "Hati dan lidah amatlah baik ketika baiknya dan apabila keduanya buruk maka amatlah pula buruknya."

Mendengar jawapan itu, mengertilah ibu itu akan maksud Luqman, kerana hati dan lidah itu adalah pokok segala kebaikan; begitu juga sebaliknya dari hati dan lidah itu terbit segala kejahatan dan keburukan.

- sama2 kita muhasabah diri kita masing2 -

Sunday, January 24, 2010

KEHADIRAN ORANG BARU

Tahniah aku ucapkan kepada abang long dan kakak iparku yang telah dikurniakan cahaya matanya lebih kurang seminggu yang lalu. Syukur kepada Allah s.w.t kerana puteri itu selamat dilahirkan dengan sempurananya setelah melalui saat-saatnya yang genting. Tentu perasaan gembira yang teramat sangat bagi mereka berdua.

Tidakku lupa tentu orang yang paling gembira sekali dengan kehadiran orang baru ini ialah ayah dan ummi ku. Tercapai juga hajat mereka untuk menimang cucu. Aku terima e-mail daripada kakakku mengatakan " umi nga baba suko sapa tok tido male dok tunggu kat wad bersalin ".Oleh kerana itu, secara automatiknya ayahku diberi gelaran datuk, bukan daripada raja atau sultan, tapi oleh abang long ku...hehehe.

Aku juga apa kurangnya, kerana inilah anak saudaraku yang nombor wahid. Terasa sedih hati ini kerana tidak dapat berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan mereka semua. Gambar yang dikirim melalui e-mail sahajalah yang menjadi pengubat hati ini.

Alangkah beruntungnya bayi ini kerana mempunyai bapa dan mak saudara yang begitu ramai. Tentu tidak akan letih ibunya menjaganya kelak..hahaha.

Aku mendoakan supaya puteri ini bakal menjadi mujahidah Islam akan datang. Mengikuti jejak langkah datuk dan neneknya yang berjuang pada jalan Allah s.w.t dengan ikhlas tanpa mengira lelah...Amin...


Monday, January 18, 2010

MESIR - PALESTIN

peta ; sempadan Mesir - Palestin

Baru-baru ini kita dikecohkan dengan berita sekatan Mesir keatas rombongan konvoi misi bantuan Palestin. Di sebabkan sekatan itu maka ramai umat Islam di seluruh dunia mencela dengan perbuatan kerajaan Mesir itu dengan mengatakan Mesir mengikut telunjuk Yahudi Laknatullah dan sebagainya.

Pelbagai memorendum dan bantahan dibuat di Kedutaan Mesir di negara-negara seluruh dunia, tidak terkecuali dengan tanah airku Malaysia.

Memang tidak dinafikan perbuatan yang dibuat itu ada silapnya. Akan tetapi adakah kita telah benar-benar mengetahui kisah disebaliknya, kenapa Mesir berbuat demikian???
Tidak adil untuk kita mendengar cerita dari sebelah pihak sahaja tanpa mendengar penjelasan dan ulasan daripada pihak yang satu lagi. Setelah itu kita kutuk dan hina pihak terbabit dengan secukup-cukupnya. Adilkah kita begitu???...

Aku sendiri sempat bertanya kepada ustaz ku yang mengajarku bahasa arab di pusat bahasa, beliau ialah wanganegara Mesir. Jawapannya cukup memberi gambaran keadaaan umat Islam sekarang ini. Jawapannya ialah :
" memang tidak dinafikan satu kesilapan kerajaan Mesir dahulu (dibawah pimpinan Anuar Sadat) kerana telah membuat satu perjanjian dengan pihak Yahudi, tidak lama selepas itu beliau telah dibunuh. Sehingga kehari ini tidak tahu siapakah sebenarnya yang mengarahkannya. Ada yang mengatakan daripada pihak pembangkang, ada juga yang mengatakan daripada pihak kerajaan sendiri. Wallua'lam "...

Pembunuhan ini memang dirancang dengan cukup rapi, aku sendiri pernah mendengar daripada seorang penuntut Malaysia yang menyaksikan peristiwa terbabit. Beliau ketika itu sedang menuntut di Al-Azhar As-Syarif. Memang ia dirancang dengan cukup rapi sekali. (Aku disini bukan untuk menceritakan kisah ini).

Oleh itu, kesan daripada perjanjian yang ditandantangani itu maka banyak urusan-urusan Palestin yang tidak dapat dicampur tangan oleh Mesir. Jikalau Mesir campur tangan berkemungkinan akan diserang oleh tentera-tentera Yahudi. Mesir ialah sebuah negara yang pernah diserang beberapa kali, ini menjadikan ia sebuah negara yang sentiasa berada didalam berjaga-jaga. Jikalau anda berjalan-jalan disini sambil mengambil gambar sesuka hati, maka anda akan ditahan oleh SB mereka. Pernah berlaku kepada sahabatku, dia ditahan kerana mengambil gambar sesuka hati. Polis itu mengambil handsetnya dan delete semua gambar yang telah diambil. Nasib baik telefon itu dikembalikan.

Mengikut satu fakta, Mesir ialah antara negara yang mempunyai tentera-tentera yang hebat.

Sambungnya lagi, " Mesir dahulu pernah berperang dengan tentera-tentera Yahudi, tetapi Alhamdulillah tentera-tentera Yahudi mengundurkan diri mereka. Akan tetapi kesan daripada perang itu menyebabkan berlaku banyak kemusnahan. Banyak duit terpaksa dibelanjakan, menyebabkan ekonomi negara merosot dan banyak lagi yang berlaku. Apa yang pentingnya ialah ketika perang itu berlaku, adakah negara-negara Islam disekitarnya turut membantu??? Samada dari segi kewangan dan sebagainya. Ketika perang berlaku masing-masing menyepikan diri, Mesir seolah-olah bersendirian. Dimanakah umat Islam yang pada hari ini bersuara lantang mengutuk dan menghina Mesir??? "
Jikalau kita hendak bersuara, adakah kita sanggup bersama-sama dengan Mesir jikalau berlaku sesuatu??? Persoalan ini yang perlu dijawap oleh setiap umat Islam .

Aku bukan bermaksud hendak mengatakan bahawa adalah tidak wajar kita menghentam Mesir pada hari ini kerana tindakannya. Bukan juga bermaksud aku redha dengan tindakan Mesir itu, malah aku cukup sedih dengan apa yang berlaku kepada saudara-saudara seagamaku di Palestin itu, akan tetapi kita patut mengetahui kisah disebaliknya. Barulah dikatakan adil dalam bersuara.
Sebagaimana yang pernah disebut oleh As-Syahid Sheikh Yasin, umat Islam seluruh dunia jikalau hendak menyelamatkan Palestin hendaklah menjaga negara masing-masing. Sama-samalah kita muhasabah diri kita masing-masing.

Pepatah mengatakan jikalau kita tunjuk kepada orang. Satu jari sahaja kepada orang itu, akan tetapi tiga jari lagi kembali kepada kita sendiri.

Saturday, January 9, 2010

WAHAI WANITA !!!


Kelmarin saya mendapat satu email dari yahoogroup saya. Ia merupakan rintihan seorang lelaki sudah berkahwin (jika belum kahwin, mungkin lebih dahsyat cabarannya) yang masih mempunyai iman tetapi sedang diuji dengan begitu kritikal oleh suasana sekelilingnya, terutamanya oleh wanita.

Wahai para wanita, bantulah dirimu dan umat Islam yang ingin menjaga iman mereka. Janganlah menggoda atau termenggoda (tanpa sengaja) mereka dengan dosa-dosamu dan kecuaianmu terhadap hak Allah SWT. Moga kita semua terselamat.

Nabi Muhammad SAW bersabda :

صِنْفَانِ من أَهْلِ النَّارِ لم أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بها الناس وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلَاتٌ مَائِلَاتٌ رؤوسهن كأسنة الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ لَا يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ ولا يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ من مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا

Ertinya : "Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu:
(1) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam),
(2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)

*Sebar luaskan nasihat ini, moga ia mampu sampai kepada wanita seksi yang tidak mahu membaca di web nasihat agama seperti ini.

Sekian.

(Zaharuddin Abd Rahman)

http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/wahai-wanita-toloonglah-rayuan-si-lelaki/272448201082

Friday, January 8, 2010

QIYAMAH 2012.


Baru2 ini dunia digemparkan dgn sebuah filem Hollywood arahan drpd Roland Emmerich yg telah menelan bajet yg sangat dahsyat iaitu 200 JUTA USD. Masih tidak terlmbt utk aku mnlis tntgnya krn aku sndri br shja selesai menontnnya. Tidak dapt dinafikan bhwa Yahudi Illuminati yg mnjdi pembekal dana luarbiasa ini dlm menghasilkn filem 2012. Tujuan apakh dilaburkn wang sebegitu byk???, Ini krna mereka mempunyai agenda2 mereka yg trsndiri, sggup mereka laburkn ratusan juta dolar hnya utk mghsilkn sebuah filem.

Firman ALLAH s.w.t :
" DAN ORANG2 YAHUDI DAN NASRANI TIDAK AKAN RELA (REDHA) KEPADAMU (MUHAMMAD) SEBELUM ENGKAU MENGIKUTI AGAMA MEREKA... "

Drpd Firman ALLAH s.w.t itu mennjukkn bhwa org2 yahudi laknatullah ini tidak akn mengalah shggalh kita patuh dan mengikuti telunjuk mrka.
Pelbagai cara yg telah brjaya mereka lakukan utk memecah-belahkn umat Islam tnpa disedari.
Diantara salah satu cra yg diambl oleh mereka ialah dgn mghasilkn filem2 yg blh memesongkn akidah2 umat Islam, krn mereka thu umat Islam terutamanya glngan pemuda/di bgitu meminati filem2 Hollywood. Mereka hnya mennton shja tnpa memikir apkh tjuan dan implikasi drpd filem2 trsebut.

Aku prnh suarakn didlm prgram Serambi Gabungan yg diadkn bru2 ini krna aku bmbg dan tidak mahu mahasiswa Islam terus 'tidur' dan lena menjadi catur-catur yang diaturkan musuh-musuh Islam. Niat aku supaya mereka akan berasa tidak selesa dengan isu-isu semasa dunia pada hari ini seperti serangan ke atas umat Islam kerana kini mereka mula sedar siapa dalang di sebalik semua itu. Sebagaimna aku thu kbykan mahasiswa Islam di bumi mesir ini asyik diulik dgn filem2 berunsurkn cinta.

Stlah aku mnnton filem ini, scra kesimpulannya yg dpt aku gmbrkn ialah :-

* Dibina tiga buah kapal yg besr bg menyelamatkn mnsia drpd qiyamah, sedangkn Firman ALLAH s.w.t bhwa semua makhluk akn hancur kcuali ALLAH s.w.t Yang Maha Esa. Menunjkkn bhwa mreka mampu utk melawan kuasa ALLAH s.w.t.

* Kapal yg besar ini dibina oleh U.S dan sekutu2nya. Ini mengambarkn kpd dunia bhwa sesiapa/ negara mana yg ingin trselamat drpd qiyamah hendaklh mengikuti telunjuk U.S dan berpakat brsama dgnnnya.

* Hendaklh manusia brlumba2 mncari hnta dunia sebnyk mgkn krn sesiapa yg ingin menaiki kapal tersebut hndklh membyr sejumlh wang yg bnyk.

* Mereka seolah2 tahu bilakh akan brlakunya qiyamah, mk smpat utk mereka melakukn prsiapan2.

* Byk lg agenda2 mereka yg tidak dpt aku nyatakn disni. Ckup lah skdr ini, anda fikirknlh sndri. Gunakn akal anda utk memikir, bukan skdar membaca.

Aku tidak tahu apkh pula selepas ini agenda2 yg akn dimainkn oleh mereka dlm mghncurkn umat Islam.
Sedar dan bangunlah wahai sahabat2 ku drpd tidur yg jaga.