Saturday, October 31, 2009

Sebab Doa Tidak Diterima

Syafiq El Balakhi Rahimuallah meriwayatkan bahawa semasa Ibrahimbin Adham r.a. sedang berjalan-jalan di negeri Basrah, dia ditanyapenduduk negeri itu. Mereka bertanya, "Ya Ibrahim, mengapa doa kamitidak diendahkan lagi, padahal bukankah Allah telah berfirman "Apabila hamba-hambaku bertanya kepadamu tentang Aku, maka jawablah : "Bahawasanya Aku adalah dekat.Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu"
(Al-Baqarah : 186)

Ibrahim memberi jawapan kepada mereka. Katanya, "Wahai pendudukBashrah, itu disebabkan kerana kalbu kamu telah dimatikan oleh sepuluhhal. Jika demikian bagaimana Allah Taala akan menyambut doa kamu?.

Antara hal-hal yang menunda doa kamu daripada diterima oleh Allah ialah:

- Kamu telah mengenal Allah, tetapi tidak menunaikan hakNya.

- Kamu telah membaca Al-Quran, tetapi tidak mengamalkan isinya.

- Kamu mengaku cintakan Rasulullah s.a.w, tetapi meninggalkan sunnahnya.

- Kamu mengaku bencikan syaitan, tetapi mematuhi ajakannya.

- Kamu mengaku ingin masuk syurga, tetapi kau menjerumuskan diri ke dalam maksiat.

- Kamu menyakini bahawa kematian itu suatu kepastian, tetapi kamu tidak pernah mempersiapkan diri menghadapinya.

- Kamu sibuk dengan keburukan orang lan, tetapi mengaibkan keburukan diri sendiri.

- Setiap waktu kamu menguburkan orang mati, tetapi setiap kali jualah kamu tidak pernah merenunginya.

- Kamu telah menikmati nikmat Allah, akan tetapi tidak pernah mensyukurinya.

Wednesday, October 28, 2009

Tempahan Korban Aidiladha 1430H


Sukacita dimaklumkan bahawa pihak DPM [MAQAZ] Shoubra di bawah Unit Perumahan akan mengadakan Majlis Korban bersempena dengan kedatangan Aidiladha 1430 H akan datang. Justeru, pihak penganjur membuka tempahan kepada mana-mana individu yang berminat untuk mengambil bahagian :-

- Lembu @ Unta 1 bahagian : LE 750
- Khoruf seekor : LE 850
- Kambing seekor : LE 500
Tarikh tutup tempahan pada 20 November 2009.
Untuk tempahan sila hubungi:
Ust Zul Fakaar Mat Ghani +20114563447
Anjuran : Unit Perumahan DPM [MAQAZ] Shoubra 09/10
# JUGA TERBUKA KEPADA SEMUA WARGA MALAYSIA #

Friday, October 23, 2009

Kisah Dua Perjuangan Berbeza Zaman

Baru2 ini seorang sahabat saya menghubungi dan mengadu kepada saya mengenai hati yang tidak tenang akibat di tinggalkan oleh kekasihnya, lalu dia meminta nasihat daripada saya untuk menenangkan hatinya, oleh kerana saya bukan pakar psikologi untuk menenangkan hati seseorang sepertinya, lalu saya meminta dia untuk solat dan minta petunjuk dari Allah s.w.t dalam solat tersebut. Kemudian dia menghubungi saya lagi dan memberitahu bahawa hatinya masih tak tenang.... respon saya, memanglah kita bila susah baru ingin mencari Allah.... lalu saya menceritakan kisah dua perjuangan dalam memilih jalan hidup iaitu kisah dari novel iaitu kisah Uda & Dara dan kisah Sahabat Rasulullah s.a.w iaitu kisah Saad Bin Muaz r.a.

Kisah Uda dan Dara ini bermula apabila si uda amat berkenan hati dengan si dara kerana kecantikan dan kebaikan si dara ini, lalu si uda menyuruh keluarganya meminangkan si dara untuk dirinya. Kerana kebaikan dan kejujuran si uda, pinangannya telah diterima oleh keluarga si dara, maka sungguh gembiralah si uda kerana pinangannya telah diterima. Ketika masa peminangan menunggu hari untuk di ijabkabulkan, si uda ada terdengar berita akan seruan oleh oleh pejuang2 negara untuk membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah di pusat bandaraya negara. Oleh kerana semangat patriotiknya yang tinggi, si uda turut bertekad untuk menyertai dan bergerak ke ibu negara dan menghadapi pelbagai rintangan dalam perjalanan tersebut. Maka dengan semangat patriotik yang tinggi, si uda telah berjaya bersama puluhan ribu bangsa melayu membuat demontrasi membantah penubuhan Malayan Union oleh penjajah barat.

Sesudah habis demontrasi tersebut, si uda lalu pulang ke kampung halaman dari pusat bandaraya negara. Setelah sampai di kampung, si uda telah dikejutkan dengan tunangnya telah dikahwinkan dengan pemuda lain, kerana menyangka si uda telah melarikan diri dari berkahwin dengan si dara, kerana bimbangkan malu akan fitnah dari penduduk kampung, si dara telah dikahwinkan dengan pemuda lain. Lalu si uda yang sedih dengan peristiwa ini telah membawa diri untuk mencari kerja di Singapura. Di Singapura si uda mula berkerja dan berjinak-jinak dalam bidang penulisan dan berjaya menjadi karyawan terkenal di negara. Dan pada masa yang sama negara telah berjaya mencapai kemerdekaan sedikit sebanyak hasil dari demontrasi untuk membatalkan Malayan Union yang disertainya. Lalu dikenangkan kisah lalunya, kerana beliau menyertai demontrasi tersebut, maka kemerdekaan negara dapat dicapai, kerana beliau tidak berkahwin dengan si daralah beliau dapat menjadi karyawan terkenal di negara, kerana si uda telah memilih perjuangan yang betullah beliau berjaya hari ini, dalam satu rangkap dalam novel tersebut “rupanya masih ada perjuangan yang lebih penting dari perjuangan untuk membawa si dara ke ranjang.....” perjuangan untuk memerdekakan negara Malaysia.....

Berbeza pula dengan kisah sahabat Rasulullah s.a.w iaitu Saad Bin Muaz r.a. Saad Bin Muaz adalah seorang hamba antara sahabat yang paling hitam pada masa itu, dibandingkan Saad dengan Bilal, Saad dikatakan jauh lebih hitam dari Bilal. Saad mula memeluk Islam ketika berumur 31 tahun dan Syahid pada umur 37, seorang yang tinggi iman. Ketika berhijrah ke Madinah beliau ingin untuk mendirikan rumah tangga, lalu dipinangnya perempuan di Madinah, kerana kulitnya yang hitam pinangannya telah ditolak berkali-kali oleh wanita2 Madinah. Rasa kecewa dengan peristiwa ini lalu beliau mendatangi Rasulullah untuk mengadu, “wahai Rasulullah, adakah hinanya aku ini kerana kulitku yang hitam sehingga pinanganku ditolak berkali-kali” lalu Rasulullah bekata “jangan bimbang Saad, engkau adalah orang yang aku jamin” lalu Rasulullah memanggilkan sahabat2 yang lain untuk bertanyakan kepada meraka akan rumah seorang wanita yang terkenal dengan kecantikannya di Madinah. Lalu Rasulullah menyuruh sahabat2 tersebut membawa Saad untuk di pinangkan kepada Saad atas jaminan Rasulullah. Alangkah gembiranya Saad di saat itu kerana dirinya dijamin oleh Rasulullah untuk dikahwinkan dengan wanita yang cantik.

Maka Saad pun dibawa oleh sahabat2 kerumah wanita yang cantik di Madinah itu. Ketika sampai di rumah tersebut, lalu Saad dan sahabat2 di layan oleh bapa kepada wanita tersebut. Lalu sahabat2 yang lain menyampaikan hajat bahawa Saad telah dijamin oleh Rasulullah datang untuk meminangkan anaknya yang cantik tersebut. Bapa wanita kemudian gembira kerana salah faham menyangka anaknya dipinang oleh Rasulullah. Oleh kerana Saad seorang yang jujur lalu dinyatakan maksud yang sebanar bahawa beliaulah yang ingin meminang wanita yang cantik tersebut. Bapa wanita tersebut kemudian bertukar menjadi marah kerana menghina Saad yang berkulit hitam ingin mengahwini anaknya yang cantik. Saad pun balik berjumpa dan mengadu kepada Rasulullah. Perempuan yang cantik ini kemudian menegur bapanya kerana menolak pinangan Saad kerana Saad adalah seorang yang di jamin oleh Rasulullah, dan ketentuan oleh Allah s.w.t. Lalu bapa wanita pergi mengejar Saad dan meminta maaf dan menerima pinangan Saad di depan Rasulullah. Rasulullah lalu menanyakan Saad samada beliau memiliki wang. Kerana mengetahui bahawa Saad tiada wang untuk berkahwin, maka disuruhnya untuk meminta wang kepada Abd Rahman, Usman dan Ali. Dan Rasullulah menyuruh Saad membeli kelengkapan untuk perkahwinannya.

Ketika sedang membeli keperluan untuk perkahwinan Saad terdengar seruan jihad dari Rasulullah “wahai pemuda2 Islam bersiap sedia segera kerana musuh sedang datang untuk menyerang kita”, lalu Saad menukar fikiran dengan membeli kelengkapan perang siap sedia dengan baju perisai dan kuda untuk berperang. Dan Saad dengan segera pergi berbaris paling hadapan dengan sahabat2 lain dengan siap berpakain perisai perang. Kerana baju perisai yang lengkap, Saad tidak dikenali oleh sahabat2 lain. Takdir Allah s.w.t Saad telah syahid dalam peperangan tersebut, dan selepas perang jihad tersebut, sahabat2 terkejut kerana tidak menyangka orang yang berperisai lengkap tersebut adalah Saad, mereka sedih dan tidak menyangka kerana Saad sedang bersiap sedia untuk perkahwinannya. Berita syahidnya Saad ini segera disampaikan kepada Rasulullah dan Rasulullah berkata “di saat kematian Saad bergegar arasyh Allah s.w.t dan menangis para maklaikat di langit dan di bumi”. Saad Bin Muaz dimuliakan oleh Allah s.w.t di saat kematiannya, adalah seorang yang hanya 6 tahun jangka hayatnya dalam Islam. Tetapi apakah kita kini yang ketika baligh telah pun Islam sehingga hari ini adalah Islam, akan dimuliakan oleh Allah di saat kematian kita??

Kesimpulan dari dua kisah ini adalah mereka berjaya dalam hidup mereka kerana mereka memilih perjuangan yang lebih penting iaitu perjuangan untuk memartabatkan Islam dan memerdekakan negara di muka bumi Allah s.w.t ini. Berbeza dengan kita hari ini, sentiasa dibuai oleh angan2 dan bakhil dengan Allah. kita sanggup menghabiskan berbual dengan “pasangan” atau “awek” yang belum pasti sah atau tidak hubungan tersebut sehingga berjam-jam, tetapi kita solat untuk berjumpa Allah bagaikan kilat tidak sampai dua minit kerana kejarkan masa yang belum tentu akan datang...... kita sanggup habiskan kredit seminggu sepuluh ringgit untuk top-up handset untuk sentiasa berhubung dengan orang tersayang, tapi kedekut apabila fakir miskin meminta sedekah atau bersedekah untuk masjid demi untuk menjaga hubungan kita dengan Allah s.w.t........ kita sentiasa tepat masa dalam menonton segala rancangan tv yang kita minati, tetapi sentiasa kita lambatkan janji solat kita dengan Allah walaupun setelah lama masuk waktunya..... kita sanggup membuat puluhan ayat2 indah merayu untuk orang tersayang jika orang tersayang merajuk, tetapi kedekut untuk mengeluarkan ayat rayuan memohon pengampunan kepada Allah atas segala dosa yang kita lakukan dalam hidup ini....... inilah antara punca kelemahan Islam masa kini, kerana kita lebih cintakan dunia dari cintakan Allah kerana kurangnya penghayatan kita terhadap agama Islam kita sendiri. Kita sentiasa menjaga sesuatu yang penting, tetapi kita juga sentiasa lupa akan sesuatu yang lebih penting. Benarlah akan hadis Rasulullah Mafhumnya:

“Berjayanya generasi awal (zaman Rasulullah dan sahabat) adalah kerana
mereka menyakini Islam sepenuhnya dan zuhud dengan dunia. Dan binasanya
generasi akhir disebabkan bakhil (berkira dengan Allah Ta’ala) dan panjang
akan angan2nya”

Renung-renungkanlah......
Wallahu a'lam.

Monday, October 19, 2009

Salam Ta'aruf...

Alhamdulillah, Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia, Rasulullah s.a.w dan seluruh kaum keluarganya serta para sahabat yang tidak pernah letih dan jemu dalam membawa risalah dan tabi’ tabiin yang telah menjadi rantai-rantai perjuangan sehingga Islam dapat tersebar ke seluruh pelusuk dunia para hari ini. Tidak lupa kepada insan-insan yang telah mencurahkan segala keringat dan darah dalam mempertahankan agama yang mulia ini dikala banyak anasir luar yang cuba untuk menjatuhkannya walaupun agama ini tidak akan runtuh selama-lamanya seterusnya sahabat-sahabat rakan seperjungan dan kaum keluargaku sekalian.

Aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah dan kurnianya pada hari ini aku dapat post juga artikel pembukaan aku yang pertama di dalam blog ini.

Diharapkan dengan terhasilnya blog ini, aku diberi peluang untuk berkongsi buah fikiran, pandangan, dan pengalaman. Mudah-mudahan ia akan menjadi sebagai salah satu usaha dakwah yang akan mendapat keredhaan dari Allah s.w.t dan supaya ia akan menjadi motivasi kepada diriku yang serba kekurangan ini.

Aku fikir tanggungjawab aku bukanlah hanya disekitar pembelajaran semata-mata tatkala dunia pada hari ini boleh diibaratkan seperti penjara bagi umat Islam. Seluruh dunia pada hari ini telah dikawal oleh suatu kuasa besar di sebalik tabir yang telah menjadikan banyak negara-negara Islam sebagai boneka mereka untuk merealisasikan dan mencapai matlamat mereka. Matlamat mereka tidak lain, hanyalah untuk meruntuhkan agama Islam. Perancangan mereka sudah terlaksana dengan jayanya apabila kita dapat melihat umat Islam pada hari ini cukup ramai bilangannya tetapi berapa ramai dikalangan mereka yang betul-betul dapat memahami dan menghayati Islam dengan sebaiknya. Lagi ramai kita dapat melihat umat Islam yang hanya berselindung disebalik nama Islam tetapi akhlak dan sifat mereka tidak kurang seperti syaitan durjana yang berusaha untuk menghancurkan Islam dari dalam. Justeru, aku fikir dunia pada hari ini sudah tidak layak untuk seorang pelajar Islam umumnya dan mahasiswa Islam khususnya untuk hanya memegang pen dan kertas, sentiasa dengan buku-buku pelajaran, serta nota-nota peperiksaan setiap masa tanpa mempunyai sensisitiviti untuk berjuang di dalam islam. Teringat aku kepada kata-kata Doktor Abdullah Nasih Ulwaani didalam buku beliau yang bertajuk ila warasatil anbiyai waddua'ti ila Allah, "maka telah berlalu keatas umat islam pada zaman ini beberapa tempoh yang lama, akan tetapi mereka ibarat seperti benda yang jumud iaitu tidak bergerak, bertiup taufan kesesatan dan telah meninggalkan ramai orang islam jihad mereka pada menyeru kepada jalan Allah s.w.t". Buku ini telah didiskusikan kepada kami ketika mana kami baru tiba di bumi Anbiya' ini. Pada pandangan aku buku ini cukup penting kepada pelajar Islam terutamanya mahasiswa Islam kerana sebagaimana yang disebut oleh penceramah, ramai mahasiswa terutamanya lepasan bumi Mesir yang telah kembali ke tanah air akan tetapi mereka merasa sudah cukup dengan hanya sekadar mengajar di sekolah2 tanpa memikirkan masalah2 kemasyarakatan yang sedang berlaku. Mereka hanya menyerahkan kerja menyuruh ma'aruf dan nahi munkar ini kepada pihak2 tertentu sahaja, sebagaimana yang disebut oleh muallif "kami tidak mengadu kerana sedikitnya ulama'2, fuqaha'2, kerana disisi kami terdapat ulama'2 yang cukup pakar didalam bidang feqah dan syariat, pemidato2 yang fasih, dan pakar2 didalam bidang undang2, sejarah dan lain2, akan tetapi kami mengadu kerana sedikitnya pendaie' yang ikhlas". Oleh sebab itu, aku rasa kenapa buku ini telah dipilih oleh pihak AJK sambutan mahasiswa baru shoubra sebagai bahan didalam program diskusi kitab yang pertama kami, tatkala kami tiba dibumi Mesir ini. Tidak lain adalah kerana untuk memperbetulkan dan memperbaharui semula niat kami didalam berjuang pada jalan Allah s.w.t ini.





Buku karangan Doktor Abdullah Nasih Ulwaani



Sahabat-sahabat jangan tersalah anggap bahawa aku mengatakan ilmu dan pelajaran itu tidak penting tetapi sekiranya dengan pelajaran itu menyebabkan kita terus leka dan hilang ruh memperjuangkan Islam di dalam diri kita, itu adalah silap. Ilmu yang ikhlas dituntut seharusnya membangkitkan dan menghidupkan ruh perjuangan di dalam hidup kita tetapi sekiranya sebaliknya yang berlaku, mungkin kita perlu menilai kembali sejauh mana keikhlasan kita menuntut ilmu. Adakah untuk mencapai keredaan Allah s.w.t ataupun kerana pengiktirafan dunia semata-mata. Sekali lagi aku ingin tegaskan bahawa sebagai seorang mahasiswa Islam, pelajaran tetap tanggung jawab mereka sebagai pengisian dan kekuatan kepada rohani tetapi agenda perjuangan secara praktikalnya tidak boleh dilupakan.

Perjuangan ini menagih kepada syabab-syabab (pemuda-pemuda) yang kuat dan berjiwa besar untuk terus berjuang. Kita tidak hanya boleh mengharapkan kepada golongan veteran sedangkan kita yang mempunyai potensi yang cukup besar untuk menyambung perjuangan mereka. Teringat aku akan kata-kata hikmah Suharto, bekas Presiden Indonesia suatu ketika dulu “ Sekiranya engkau memberikan aku 10 orang pemuda, nescaya aku akan menggegarkan dunia ini, tetapi sekiranya kamu memberikan aku 100 orang tua sekalipun, aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa”. Sungguh besar jiwa, tenaga dan pengaruh seorang pemuda dan kitalah pemilik gerangannya. Tetapi ingatlah, sekiranya kamu tidak hendak untuk bersama-sama dalam perjuangan Islam ini, Islam pun tidak berharap untuk kamu sama-sama berada dalam perjuangannya kerana dalam hakikat kehidupan ini, kita memerlukan Islam dan bukan Islam yang memerlukan kita.

Diharapkan blog ini akan menjadi sebagai satu wasilah atau saluran dakwah dalam usaha kita semua sebagai pejuang-pejuang agama Allah untuk menjulang kembali kegemilangan Islam yang pernah kita kecapinya dulu. Janganlah kita sekali-kali lupa bahawa kita pernah memerintah dunia suatu ketika dulu dan kita mampu dan kita pastikan, kita akan memerintahnya sekali lagi dengan syarat kita mempertaruhkan seluruh jiwa kita di atas jalan perjuangan ini. Janji Allah yang berharga dan mahal ini tidak hanya akan dapat kecuali dengan kita membayarnya dengan harga yang mahal.

Akhir kata, sekiranya terdapat kesilapan didalam penulisan aku ini, diharapkan teguran yang membina daripada sahabat2 dan pembaca2 sekalian. Ini kerana aku masih lagi bertatih didalam bidang penulisan ini. Wassalam. Takbir!!