Friday, December 25, 2009

Hari Krismas

Soalan :

Diharap dapat memberi penjelasan hukum Syara' terhadap perkara-perkara berikut :-

1) Ucapan Selamat Hari Natal/Krismas dan Selamat Tahun Baru.

2) Mencetak Kad Hari Krismas, Kad Selamat Tahun Baru dan Kad Harijadi peribadi.

3) Perniagaan menjual kad-kad yang disebutkan tadi

Jawapan :

Mengucapkan tahniah/selamat hari raya Krismas kepada kenalan Kristian yang merayakan hari Kelahiran Al-Masih a.s pada pendapat saya termasuk dalam bab kesopanan (mujamalah) dan keelokan dalam pergaulan. Sesungguhnya Islam tidak melarang kita daripada berbuat baik seumpama ini terhadap mereka lebih-lebih lagi Isa Al-Masih itu dalam akidah Islam kita, beliau adalah salah seorang rasul Allah, termasuk dalam golongan Ulul-'Azmi. Beliau juga dimuliakan dalam Islam, akan tetapi mereka (kaum Kristian) berlebih-lebihan dalam mengagungkan mereka dan beriktikad bahawa Isa itu adalah tuhan, Maha Esa Allah s.w.t daripada apa yang mereka perkatakan.

Sesiapa yang keliru, dengan mengatakan sambutan hari kelahiran Isa ini adalah perayaan mereka (seperti Aidilfitri dan Aidil Adha), maka ia adalah haram, kerana ianya mempunyai kaitan dengan aqidah Kristian tentang ketuhanan Isa. Orang yang beriktiqad macam ini adalah salah. Mujamalah ini tidak ada kaitan dengan perincian aqidah mereka terhadap Nabi Isa a.s dan sikap keterlaluan mereka dalam aqidah mereka.

Diriwayatkan bahawa Nabi Muhammad s.a.w, tatkala baginda bersama-sama sahabat, lalu satu jenazah Yahudi, baginda s.a.w lantas berdiri. Berdiri Rasulullah s.a.w itu adalah penjelasan tentang betapa hebat dan agungnya kematian itu, tidak ada kaitan dengan aqidah jenazah tersebut (yakni bukan kerana hendak menghormati aqidah jenazah tersebut).
Orang-orang Islam dituntut menzahirkan kebaikan dan kesederhanaan Islam kepada non-muslim, tidak boleh seorang pemimpin Islam paksa rakyatnya yang non-muslim atau ahli zimminya supaya memeluk Islam. bahkan, hendaklah bertasamuh (toleransi) dengan mereka dan biarkan mereka dengan agama mereka.

Tambahan lagi, orang Islam di serata alam sekarang ini dalam keadaan lemah, berbanding bangsa-bangsa lain, negara-negara besar membuat konspirasi ke atas negara muslim dan menuduh mereka sebagai pengganas. Tugas utama muslim sekarang ialah membersihkan gambaran negara mereka yang telah diletakkan oleh negara Barat.

Lebih-lebih lagi, pada hari raya Aidul Fitri dan Aidul Adha, mereka sering dikunjungi oleh sahabat-handai yang beragama Kristian bagi meraikan dan mengucapkan selamat hari raya. Jika pada hari raya mereka (Kristian), orang-orang Islam tidak pula menziarahi mereka, maka mungkin menjadi tanggapan bahawa benarlah apa yang dituduh ke atas Islam selama ini, dan juga orang-orang Islam tidak bersedia untuk bercampur dan bergaul dengan mereka.

Hukum yang disebut tentang hari raya kelahiran Isa (Krismas), adalah sama juga dengan hukum perayaan menyambut tahun baru kerana ianya tiada kaitan dengan aqidah. Ia sekadar permulaan sejarah (tarikh) sahaja. Para sahabat, tatkala Sayyidina Omar r.a mengumpulkan mereka untuk berbincang bagi menentukan peristiwa manakah yang patut diambil bagi menetapkan permulaan tahun hijrah, mereka mengetepikan pendapat-pendapat yang bergantung kepada tarikh-tarikh Rom atau tarikh Yahudi. Jika sekiranya peraka ini haram, sudah tentu mereka tidak mencadangkannya dari awal lagi.
Apabila kita telah mengetahui hukum syara' tentang mengucapkan tahniah (mengucapkan selamat hari raya), maka secara tidak langsung kita juga tahu hukum mencetak dan meniagakan kad-kad tersebut (kad hari raya Krismas sebagai contoh, atau kad selamat tahun baru). Kerana, selagimana ianya daripada jalan yang harus, maka ia menjadi harus.

Perlu diberi perhatian bahawa, mengucapkan Selamat Hari Krismas kepada kawan-kawan non-muslim atas alasan menjaga persahabatan dan perhubungan (bukan atas dasar aqidah) adalah harus, tetapi merayakan Tahun Baru dengan pengisian-pengisian mungkar di dalamnya, itu adalah haram.

والله سبحانه أعلم

(Syeikh Dr. Mustafa Zarqa Rahimahullah)...

Saturday, December 19, 2009

SUNGAI NIL DAN MESIR.


" Bagiku sungai Nil dan Mesir, itu jodoh…” Petikan dialog Maria dalam Ayat2 Cinta.

Memang benar, jikalau dilihat dari segi akal, Mesir jika tidak kerana Sungai Nil pasti akan menjadi sebuah padang jarak padang terkukur. Tidak akan ada manusia yang sanggup tinggal di dalamnya.

Sungai Nil merupakan sungai terpanjang di dunia. Panjangnya mencapai 6.650 kilometer (km) atau sekitar 4.132 mil. Sungai ini terletak di Benua Afrika. Sungai ini terbentang melintasi beberapa buah negara Afrika, antaranya Uganda, Sudan, Mesir,dll. Kemudian ia bermuara di Laut Tengah.

Sekitar 5,000 tahun lampau, tamadun manusia muncul di sepanjang Sungai Nil.Tamadunnya berkembang lebih 3,000 tahun lebih lama berbanding tamadun-tamadun lain dalam sejarah dunia.Tidak hairanlah sungai yang menganjur di antara benua Afrika dan Timur Tengah ini menyimpan khazanah sejarah lebih 6,000 tahun.

Sungai Nil telah menyaksikan pelbagai peristiwa demi peristiwa penting. Kita tentu telah arif akan peristiwa Nabi Musa a.s dihanyutkan ibunya semasa Baginda masih bayi. Kala itu, setiap bayi lelaki yang lahir diperintah bunuh oleh Firaun kerana pada tilikan ahli nujum, akan lahir seorang bayi yang suatu hari akan menjatuhkan Firaun. Namun Allah s.w.t Maha Kuasa telah menyelamatkan sang bayi sehinggalah ia bergelar Nabi dan Rasul.

Pada suatu petang ketika aku sedang berjalan2 ditepian Sungai Nil sambil mengambil angin, menenangkan fikiran bersama dengan sahabat seniorku, melihat gelagat orang arab, masing2 mempunyai pasangan masing2, berdua2 an disetiap tiang2 yang ada, tiba2 sahabatku bersuara" anta tau dok, Sungai Nil nie prnh kering suatu ketika dahulu ".
Terdiam aku seketika. ish, btul ko. Terfikirku di dalam hati.
Sambung beliau setelah melihat aku terpinga2.. " Peristiwa ini berlaku ketika zaman pemerintahan Khalifah Sayyidina Umar al-Khattab r.a...Ketika pembukaan kota Mesir, penduduknya datang bertemu 'Amr bin al-Asr r.a (gabenor Mesir ketika itu) di dalam bulan Ba-unah (bulan ke-10 bgi orang Qibti Mesir). Mereka mengadu : " Wahai pemimpin kami, sngai Nil ini tidak akan mengalir dalam tahun ini melainkan dengannya".

Tanya 'Amr bin al-Asr r.a : "Apakh prkra itu?"

Mereka menjawab: “Apabila hampir malam 12 haribulan dalam bulan ini, kami mengambil seorang wanita dara dari kedua orang tuanya, kemudian kami jadikan kedua-duanya redha. Lalu kami hiasi wanita tersebut dengan sebaik-baik perhiasan, kemudian kami campakkannya ke dalam sungai Nil ini.”
Jawab ‘Amr bin al-Asr r.a : “Perkara ini tidak dibenarkan di dalam Islam, sesungguhnya Islam memusnahkan perkara sebelum ini (dari perkara-perkara yang seumpamanya).”

Setelah berlalu 3 bulan dan sungai Nil tidak mengalirkan airnya, lalu‘Amr bin al-Asr r.a mengambil keputusan untuk memberitahu Khalifah Umar al-Khattab r.a dengan mengirim surat kepada Beliau di Madinah. Setelah membaca surat yg dihntar oleh 'Amr bin al-Asr r.a itu, lalu Sayyidina Umar r.a membalas suratnya dan menyatakan, apa yang dilakukan itu ada benar, dan sesungguhnya aku telah mengutuskan bersama surat ini, sekeping surat lain, hendaklah engkau campakkannya ke dalam sungai Nil.

Apabila surat Khalifah Umar r.a sampai kepada ‘Amr bin al-Asr di Mesir, beliau mengambil surat tersebut yang dikirimkan Khalifah Umar al-Khattab r.a dari Madinah, di atasnya tertulis: kepada Sungai Nil...

“ Daripada hamba Allah Umar Amir al-Mukminin, kepada Sungai Nil penduduk Mesir, Amma ba’du : “ jika sekiranya engkau sebelum ini mengalir dengan sendirimu dan kemahuanmu, maka janganlah engkau mengalir lagi, dan kami tidak ada keperluan terhadap kamu. Jika sekiranya kamu sebelum ini mengalir dengan arahan daripada Allah s.w.t yang Maha Esa dan Maha Gagah, dan Dia yang mengalirkan mu, maka kami memohon kepada Allah s.w.t untuk mengalirkanmu (semula).”

Lalu ‘Amr bin al-Asr r.a mencampakkan surat tersebut ke dalam sungai Nil, pada keesokan paginya Allah s.w.t mengalirkan semula air sungai Nil hingga ke hari ini dan tidak pernah kering2.

" Apa yg kita dapat daripada kisah ini ialah, kemurnian aqidah menjauhkan kita daripada tunduk kepada desakan makhluk lain, dan terus bergantung harap kepada Allah s.w.t yang Esa dan Maha Perkasa ".
Pada sebelah malamnya, suasana bertambah meriah dengan bunyian lagu2 yg dimainkn. Berkesempatan menaiki bot menyusuri arus sungai dengan bayaran 3 L.E adalah satu pengalaman yg menarik bagi diri aku. Akan tetapi mesti berhati2 krana tkut2 trsalah menaiki bot, maka akan brlaku prkara2 yg tidak sepatutnya. Apakh perkara itu???...
Fikir lah sndiri!!!!

Saturday, December 12, 2009

BANYAKKAN PROGRAM TARBIAH

Ketahuilah bahawa tarbiah merupakan aset yang sangat penting dalam sesebuah gerakan Islamiah. Proses pentarbiahan yang berkesan akan melahirkan jundullah yang tabah, kental hati, sabar dalam perjuangan serta kuat berjuang.

Jika kita melihat proses pentarbiahan yang Rasulullah s.a.w lakukan dalam liku-liku perjuangannya, kita dapati pentarbiahannya yang cukup berkesan dapat melahirkan sahabat-sahabat r.a yang sanggup menggadaikan jiwa serta harta benda untuk fi sabilillah. Kita lihat sahaja sahabat baginda Bilal bin Rabah r.a yang rela dihukum oleh tuannya dengan hukuman yang cukup sengsara di kawasan lapang yang panas, hanya kerana mempertahankan keesaan Allah s.w.t. Kita lihat juga Abdul Rahman bin Auf r.a, ketika puak muhajirin berhijrah ke Madinah, Abdul Rahman r.a berkata, “Saya ada dua orang isteri. Pilihlah yang tercantik daripada keduanya. Saya akan talaqkan dan kamu akan kahwin dengannya.”

Inilah pengorbanan sahabat Rasulullah s.a.w yang lahir daripada pentarbiahan yang cukup kuat.

Kalau kita bandingkan dengan kita hari ini, sudah semestinya sangat berbeza. Sedangkan harta benda pun kita tak dapat menginfakkan untuk Islam, apatah lagi isteri kesayangan seperti mana yang dilakukan oleh sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w.

Oleh hal yang demikian, kita seharusnya dan semestinya sentiasa dan lebih menekankan soal pentarbiahan kerana kelemahan mana-mana jemaah Islamiah bertitik tolak daripada proses pentarbiahan yang begitu lemah dan tidak diambil berat. Sebab itulah kita lihat organisasi Islam lebih menekankan tarbiah demi membaiki kelemahan-kelemahan yang ada.

Kita sebenarnya tidak mementingkan sangat soal kuantiti untuk masa terdekat ini, tetapi walaupun jumlah kita sedikit, apabila disertakan dengan proses pentarbiahan yang kuat, insya-Allah yang sedikit inilah akan melahirkan generasi pelapis yang banyak untuk masa hadapan. Oleh yang demikian banyakkan program yang berbentuk tarbiah demi masa depan yang cerah.

Pada pendapat aku, jemaah Islamiyyah di Malaysia terutamanya PAS (Parti Islam Semalaysia) kurang dari segi aspek ini sejak akhir2 ini. Mengikut pemerhatian aku yang masih mentah ini, PAS kalau dahulunya dikenali sebagai sebuah jemaah yang amat menekankan aspek tarbiah ini, sehinggakan ia dikenali sebagai parti tarbiah. Aku sempat mengikuti ayahandaku menyertai beberapa program yang dianjurkan oleh pihak pimpinan, apa yang aku perhatikan sejak akhir2 ini perkara ini kurang mendapat perhatian, walaupun ada dianjurkan, tetapi penyertaan daripada ahli2 parti kurang memberangsangkan terutamanya daripada pihak pimpinan kawasan itu sendiri. Bagaimanakah kita hendak mentarbiah orang lain sedangkan diri kita sendiri tidak ditarbiah. Hendak dibina bangunan yang tinggi, akan tetapi tapak asasnya tidak kukuh.

Akhir2 ini kita digemparkan dengan pelbagai perkara yg berlaku di dalam PAS, dan pelbagai juga andaian yg dibuat. Pada aku ini berlaku mungkin kerana masalah tarbiah yang kurang dititk beratkan oleh ahli2 dan pimpinan sendiri. Aku teringat kata2 seorang ulama' apabila beliau ditanya mengenai peristiwa yang berlaku di dalam parti PAS sekarang ini, jawapan beliau ialah ini berlaku kerana Allah s.w.t hendak mengislahkan jemaah Islam ini, dengan menampakkan kepada masyarakat siapa yang berjuang betul2 ikhlas kerana Allah s.w.t dan siapa yang berjuang kerana hendak mendapatkan sesuatu benda.

Kesimpulannya, amat penting bagi pelapis2 kepada gerakan Islam ini memperkasakan diri masing2 dengan pelbagai program2 tarbiah, kerana pada suatu masa nanti merekalah yang akan mengemudi gerakan ini.

Tuesday, December 8, 2009

JAULAH SEKITAR KAHERAH 2

" Demi tuhan saya lebih tahu keadaan tentera Islam daripada saudara kerana saya pernah bergabung dengan mereka. Saya belum pernah melihat kekuatan yang bukan sahaja kerana jumlahnya yang banyak, namun kerana disiplin dan semangat jihad mereka. Pada waktu malam, mereka beribadat sepanjang malam dan pada waktu siang mereka bagaikan singa lapar " (Raja Reymond).
Raja Reymond ialah salah seorang raja negeri salib ketika itu. Kata-kata itu menggambarkan betapa kuatnya tentera Islam ketika itu yang dipimpin oleh Sultan Salahuddin al-Ayyubi RahmatuLLAH 'Alaih.

Siapakah Sultan Salahuddin al-Ayyubi RahmatuLLAH 'Alaih ini ?
Kenapakah beliau digelarkan ' Penakluk kota Jerusalem ' ?
Disini aku cuba huraikan serba ringkas biodata beliau.
-Sultan Salahuddin al-Ayyubi dilahirkan pada 532 Hijrah bersamaan 1138 Masihi di Kota Tarkit iaitu bahagian Tebing Barat Sungai Tigris, terletak di antara Mosul dan Baghdad.
-Ayahnya, Najmuddin Ayyub bin Shadhi, ialah gabenor wilayah Baalbek.
-Salahuddin menerima latihan ketenteraan daripada bapa saudaranya, Panglima Asadudin Syirkuwah yang juga ketika itu merupakan panglima kepada Sultan Nurudin Mahmud Zanky.
-Ketika berusia 17 tahun, Salahuddin al-Ayyubi mula berkhidmat dengan Sultan Nurudin di Damsyik. Beliau adalah panglima tentera, pemimpin dan pentadbir negara yang sangat berbakat dan sangat popular ketika zaman perang salib. Beliau membabitkan diri dalam peperangan salib di kawasan Mesir, Palestin dan Syria.
-Dalam bulan Zulkaedah 570 Hijrah (Mei 1175 Masihi), khalifah Abbasiyyah mengisytiharkan Salahuddin al-Ayyubi sebagai Sultan Mesir dan menggelarkan dirinya sebagai Sultan al-Islam wa al-Muslimin.
-Beliau betul-betul menjadi seorang yang sangat mencintai agama Islam. Cita-cita beliau adalah untuk merebut kembali Baitul Maqdis dari kekuasaan tentara Kristian. Untuk mencapai tujuan tersebut, Salahudin bercita-cita untuk memperkuat tentera Islam.
-Beliau digelar ' Penakluk kota Jerusalem 'kerana beliaulah yang memimpin tertera Islam membebaskan Baitul Maqdis pada 2 oktober 1187 dari tangan tentera salib yang telah menguasainya selama 88 tahun.
-Beliau meninggal dunia pada 27 Safar 589 Hijrah (1193 Masihi) pada usia 55 tahun di Damsyik, Syria selepas memerintah selama 25 tahun. Beliau sakit selama 14 hari sebelum menghembuskan nafas terakhir.


Alhamdulillah dalam jaulah Kaherah kali ini, aku sempat dibawa melawat Qal'ah Sultan Salahuddin Al-Ayyubi RahmatuLLAH 'Alaih. Qal'ah dalam erti kata ialah kubu/ benteng perang. Mengikut riwayat, Qal'ah Salahuddin ada 3. Pertama di Kaherah, kedua di Toba, dan ketiga Jordan. Akan tetapi Qal'ah yang berada di Kaherah adalah dibina oleh beliau sendiri, sementara yang lain adalah hasil taklukan beliau.

Kubu ini terletak bersebelahan Bukit Muqattam dan berhampiran dengan Medan Saiyyidah Aisyah. Idea pembinaan kubu ini adalah hasil cetusan Sultan Salahuddin al-Ayyubi sendiri dan pembinaannya dilaksanakan pada tahun 1183M. Baginda melihat bahawa Kota Kaherah begitu luas dan besar, terdedah kepada bahaya dan serangan kerana tidak mempunyai sistem pertahanan kubu yang ampuh sebagaimana di Halab dan Dimasyq, Syiria khususnya semasa perang Salib berlaku.
Pembinaan Kubu yang terletak di atas bukit ini memerlukan asas yang kukuh dan utuh zaman berzaman. Panglima Salahuddin al-Ayyubi telah mengarahkan agar diambil batu yang terdapat di Piramid di Giza, untuk dijadikan sebagai batu asas Kubu tersebut. Kubu ini dikelilingi pagar yang tinggi untuk mengelakkan musuh menceroboh masuk.


Untuk memasuki kubu ini, terdapat beberapa pintu utama diantaranya pintu Fath, pintu Nasr, pintu Khalk dan pintu Luq. Kemudian terdapat saliran air sebagai bekalan kegunaan tentera pada masa itu. Saliran ini bermula dari sungai Nil menghubungi ke kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Apa yang pelik ialah bagaimana air dapat mengalir daripada bawah keatas bukit yang tinggi itu, sedangkan pada zaman itu enjin pam air pun belum dicipta. Begitu hebat senibina pada zaman itu. SubhanAllah...

Sekarang ini, kubu Sultan Salahuddin al-Ayyubi ini dijadikan tempat lawatan oleh kerajaan Mesir. Harga tiket untuk student 25 L.E (RM16), manakala pelancong 50 L.E (RM32). Alhamdulillah aku dapat tiket student punya.

Banyak kesan sejarah yang terdapat di kubu tersebut yang dibina sejak zaman pemerintahan kerajaan Ayubiah dan diluaskan sehinggalah zaman kerajaan Uthmaniyyah. Di bahagian utara kubu ini terletaknya sebuah yang dikenali Masjid Mohammad Ali. Kalau sekali pandang masjid ini lebih kurang sama dengan masjid yang terdapat di Istanbul, Turki.

Terdapat juga di dalam kawasan kubu ini Muzium Polis, Muzium Tentera, Qasrul Jawhara (Muzium Permata) yang mengandungi perhiasan raja-raja Mesir. Terdapat juga Mathaf al-Fan al-Islami (Muzium Kesenian Islam) yang terletak di bab (pintu) Khalk yang menyimpan sekitar ribu barang yang melambangkan kesenian Islam semenjak zaman Nabi Muhammad s.a.w sehingga sekarang antaranya surat Rasulullah s.a.w yang diutuskan kepada pemimipin Mesir ketika itu bernama Maqauqis agar beliau mentauhidkan Allah Taala.

Apabila aku berada di puncak kubu ini aku dapat melihat dengan jelas seluruh bandar Kaherah dan satu perkara yang menarik ialah dapat melihat Piramid.

Terasa lenguh-lenguh kaki setelah hampir 3 jam berjalan-jalan didalam kubu ini, boleh dikatakan semua tempat aku pijaki. Mungkin ini kali pertama dan terakhir aku masuk ke kubu ini kerana bayarannya agak mahal sedikit. Akan tetapi walaupun mahal tetap berbaloi juga.
Semoga dengan lawatanku ini dapat menambahkan semangatku untuk berjuang pada jalan Allah s.w.t sebagaimana Sultan Salahuddin al-Ayyubi berjuang keras untuk membebaskan Baitul Maqdis dan menegakkan panji Islam.

Disini aku ingin menggalakkan membaca buku 'SALAHUDDIN PENAKLUK JERUSALEM' hasil karangan Abdul Latip Talib. Didalam buku ini diceritakan kisah beliau bermula dari remaja hingga beliau meniggal dunia, berapa banyak peperangan yang beliau tempuhi, dan sebagainya.

" Sesiapa yang menguasai Baitul Maqdis maka dia menguasai dunia "
(Sultan Salahuddin al-Ayyubi)


penulis dihadapan Masjid Mohammad Ali

Saturday, December 5, 2009

IMAM AL-GHAZALI R.A

Suatu hari, Imam Al-Ghazali r.a berkumpul dengan murid-muridnya lalu beliau bertanya...

Imam Ghazali = " Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini? "
Murid 1 = " Orang tua "
Murid 2 = " Guru "
Murid 3 = " Teman "
Murid 4 = " Kaum kerabat "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah s.w.t bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati (Surah Ali-Imran :185) ".

Imam Ghazali = " Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini? "
Murid 1 = " Negeri Cina "
Murid 2 = " Bulan "
Murid 3 = " Matahari "
Murid 4 = " Bintang-bintang "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama ".

Iman Ghazali = " Apa yang paling besar didunia ini ? "
Murid 1 = " Gunung "
Murid 2 = " Matahari "
Murid 3 = " Bumi "

Imam Ghazali = " Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al A’raf: 179). Maka kita harus hati-hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka ".

Imam Ghazali = " Apa yang paling berat didunia? "
Murid 1 = " Baja "
Murid 2 = " Besi "
Murid 3 = " Gajah "

Imam Ghazali = " Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al-Ahzab : 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah s.w.t meminta mereka menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut-rebut menyanggupi permintaan Allah s.w.t sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang amanah ".

Imam Ghazali = " Apa yang paling ringan di dunia ini ? "
Murid 1 = " Kapas "
Murid 2 = " Angin "
Murid 3 = " Debu "
Murid 4 = " Daun-daun "

Imam Ghazali = " Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara-gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat "

Imam Ghazali = " Apa yang paling tajam sekali didunia ini "
Murid-muridnya dengan serentak menjawab = " Pedang "

Imam Ghazali = " Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Karena melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ".