Monday, November 30, 2009

SALAM PERANTAUAN

ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...ALLAHUAKBAR...
ALLAHUAKBAR WALILLAHILHAM...

Gema takbir sayup2 berkumandang,hatiku tiba2 sayu kerana inilah kali pertama diriku terpaksa beraya tanpa keluarga tercinta dan berjauhan dengan mereka yang jauhnya adalah beribu2 batu. Akan tetapi berada disamping sahabat2 seperjuangan, tawa dan gurau senda dapat mengubat sedikit sebanyak kesedihan hatiku ini. Walaupun dikatakan Hari Raya Aidiladha tidaklah semeriah Hari Raya Aidilfitri, akan tetapi gema takbir yang diucapkan adalah sama. Cuma yang berbeza ialah takbir hari raya di negara arab tidaklah semerdu dan mendayu2 seperti takbir hari raya di Malaysia. Secara kesimpulannya ikutlah yang mana2 pun, yang pentingnya ialah matlamat kita memuji2 Allah s.w.t, mudah-mudahan kita termasuk didalam golongan yang bersyukur kepadaNya.

Di tanah arab, masyarakat disini lebih mengutamakan Hari Raya Aidiladha daripada Hari Raya Aidilfitri, bertepatan dengan ajaran agama Islam. Akan tetapi mungkin berbeza dengan di Malaysia, di Malaysia Hari Raya Aidilfitri disambut satu bulan penuh dengan penuh kemeriahan, manakala Hari Raya Aidiladha disambut mungkin 2,3 hari sahaja. Mungkin sudah menjadi adat dan susah untuk diubah.

Pada Hari Raya Aidiladha tahun ini Keluarga Pelajar Kelantan Mesir (KPKM) mengorbankan tiga ekor unta dan dua ekor khoruf. Binatang korban ini hasil sumbangan daripada mahasiswa dan mahasiswi yang sedang menuntut disini dan ada juga daripada orang persendirian yang mengambil bahagian. Aku berasa cukup bertuah kerana menjadi anak Kelantan, mengikut bancian anak Kelantan adalah jumlah pelajar paling ramai yang sedang menuntut disini. Pada hari terbuka tersebut aku dapat berjumpa dengan ramai kenalan2 dari zaman persekolahan dahulu, terutamanya daripada Maahad Muhammadi Lelaki. Memang benarlah kata2 orang tua, anak Kelantan apabila berada diperantauan mereka akan menjadi seperti adik-beradik, bahkan lebih daripada itu.

Sementara di Shoubra pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa (DPM) telah berjaya mengorbankan 1 ekor unta dan 19 ekor kambing. Ish!!! memang byk r kambing...19 ekor!!!. Aku terfikir di kepalaku siapa yg nk bt semua nie, sdgkan time program muka2 yg sama jer yg aku nmpak. Akan tetapi Alhamdulillah, kerjasama yg diberikan oleh ahli DPM ckup aku banggakn. Semua orang turun padang, tak kira senior atau junior. Aku lihat walaupon diorang nie tak de pengalaman, akan tetapi diorang cuba utk belajar. Sementara aku yg ada sedikit sbnyak pengalaman yg ku timba dikampung dahulu aku cuba curahkannya. Cuma satu jer lg yang aku berusaha untuk menguasainya sekarang, iaitu ilmu memasak...hehehe.

Pada malam hari raya ke-2, aku sempat menghubungi sahabatku yang berada di perantauan juga iaitu negara Perancis. Aku bertanya tentang suasana disana, jawapannya ckup menyedihkan. "cni x buat korban, aku pon x g mano2. Lusa aku ado exam"...
Wadus2 rayo2 pon ado exam. Aku turut brsimpati dgn keadaannya disna. Doh la pljar M'sia cno pon berapa kerat jer yg ada.

Secara kesimpulannya dapat aku katakan disini, walaupun dimana pon kita berada, ianya mesti disambut dengan penuh kegembiraan.
Sebagai tanda kita memuliakan hari yg khusus Allah s.w.t kurniakan kepada hamba2Nya...

Kepada Ayahanda dan Bonda, maafkn anakanda jika ada salah dan silap terhadap kalian berdua. Anakanda disini mengharapkan doa dan restu daripada kalian berdua. Doakan anakanda supaya istiqomah dalam perjuangan menuntut ilmu ini

Salam Aidiladha dari perantauan...

Tuesday, November 24, 2009

JAULAH MAQAM SEKITAR KAHERAH

Mengenali ulama' akan menambahkan cinta kita kepada mereka. Ianya juga berpautan dan saling bersangkutan dengan cinta kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w telah menjelaskan dalam hadis baginda:
" Ulama' adalah pewaris para nabi "

Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai penuntut ilmu di akhir zaman ini untuk menziarahi mereka ketika masih hidup atau telah meninggal dunia sebagai bukti cinta kita kepada mereka.

Aku masih teringat diantara pesanan ustazku ketika mana sebelum aku melangkah kakiku ke Negeri Kinanah ini (kinanah bererti panahan),
" anta kalu g cno nati sebelum anta g tmpt2 laen, pertamo skali anta kno g ziarah maqam2 sahabat nabi, para ulama', auliyaillah dlu. Terutamanyo maqam ime kito, Imam Syafi'e Rahimahullah. Ana tkut anta tersilap ambk semangat perjuangan jah ".
Begitulah bunyinya nasihat dan pesanannya kepadaku, walaupun ringkas akan tetapi maknanya amat mendalam. Jikalau direnungkan memang benar, agama Islam pada hari ini diruntuhkan oleh penganutnya sendiri.

Ulama dan Auliyaillah di Bumi Mesir ini cukup ramai, jumlah mereka boleh diibaratkan seperti debu2 yang berterbangan apabila ditiup angin. Ada diantara mereka yang berada ditepi2 jalan bekerja sebagai penjahit kasut, penyapu sampah dan sebagainya. Aku teringat satu kisah yang pernah berlaku kepada Imam Ahmad Bin Hambal dan saudara lelakinya (boleh dirujuk sendiri), pada akhir kisah ini ditanya siapakah guru kamu. Maka Imam Ahmad menjawab guruku ialah seorang lelaki yang bekerja sebagai penjahit kasut ditempat sekian sekian. SubhanAllah...

Alhamdulillah pada minggu lepas, kami (pelajar2 baru) telah dibawa oleh AJK Sambutan Mahasiswa Baru menziarahi maqam2 sekitar kawasan Kaherah.

Destinasi pertama kami ialah Masjid Amru Al-Asr r.a, masjid ini merupakan masjid yang pertama dibina di Bumi Mesir ini. Amru Al-Asr r.a ialah salah seorang sahabat Rasulullah s.a.w, beliau telah membuka kota Mesir iaitu pada tahun 16 Hijrah. Masjid tersebut menjadi pusat utama tumpuan ilmu, dakwah dan pengajian Islam terutamanya pada zaman pemerintahan Sultan Salahuddin al-Ayyubi. Imam as-Syafie r.a telah memulakan pengajiannya yang pertama di Mesir seterusnya mengembangkan mazhab barunya yang dikenali sebagai Mazhab Jadid di masjid ini.

Seterusnya kami dibawa menziarahi maqam2 disekitar bandar Kaherah.

Untuk pengetahuan anda, maqam ini terdapat 2 jnis.
pertama dikenali sebagai 'dhorih' iaitu maqam yg terdapat jasad didalamnya.
kedua dikenali sebagai 'maqam' iaitu tempat itu mgkn tempat ibadah beliau tetapi tidak terdapat jasad beliau didalamnya.

Maqam pertama yg kami ziarahi ialah, maqam Sayyidah Fatimah Al-Aina'. Merupakan Ahli Bait Rasulullah s.a.w (keturunan Rasulullah s.a.w). Nama penuhnya ialah Fatimah Al-Aina' binti Kasin Attayyib bin Muhammad Al-Makmun bin Jaafar As-Sadiq. Antara keramatnya ialah, pada suatu ketika ada seorang lelaki membaca Al-Quran iaitu dari Surah Al-Kahfi disisi kubur beliau. Lelaki tersebut tersilap dalam bacaannya, tiba-tiba keluar suara dari kubur beliau membetulkan bacaan Al-Quran lelaki tersebut. Beliau wafat pada tahun 240 H.


Seterusnya kami menziarahi maqam Ibnu Hajar Al-Asqalani. Beliau merupakan penulis kitab Fathul Barri. Nama Ibnu Hajar adalah Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Ali bin Mahmud bin Ahmad bin Hajar Al-Kannani. Seorang Syeikhul Islam (guru bagi para imam), seorang Hafizh secara mutlak, Amirul Mukminin dalam bidang hadits, diberi gelar atau julukan Syihabuddin dan nama kauniyah (panggilan)nya adalah Abu Al-Fadhl. Beliau telah mengarang lebih dari 100 buah kitab.


Seterusnya maqam Sayyidina Uqbah Bin Amir Al-Juhni r.a. Salah seorang dari kibar sahabat Nabi s.a.w. Pernah menjadi Amir Muawiyah di Mesir. Wafat pada tahun 58 H. Di dalam masjidnya ada serpihan batu Hajar Aswad yang dibawanya semasa beliau datang ke Mesir.

Seterusnya kami menziarahi maqam Rabiatul Adawiah. Seorang ahli sufi perempuan yang merupakan imam bagi seluruh kaum sufi yang datang kemudiannya. Beliaulah yang bertangunggjawab menaikkan taraf kehidupan zuhud yang telah diajar oleh Hassan Al-Basri iaitu dari takut dan pengharapan kepada zuhud kerana cinta. Baginya, 'cinta' yang suci murni itu lebih tinggi kedudukannya dari takut dan pengharapan kerana cinta yang suci tidak mengharap sesuatu. Imam Sya'rani pernah mengatakan bahawa sejadah tempat beliau sujud sentiasa dibasahi oleh air matanya. Beliau hidup sezaman dengan Sufian At-Thauri (Anak Murid Hassan Al-Basri) yang amat masyhur dan sering bertukar-tukar fikiran dengannya. Antara keramatnya ialah : Suatu hari beliau pergi menemui Syaiban Ar-Ra'ei, beliau berkata kepadanya " Aku ingin menunaikan haji", lalu Syaiban Ar-Ra'ei mengeluarkan emas dari poketnya untuk perbelanjaan beliau ke Mekah. Kemudian Rabiah menadahkan pula tangannya ke langit, tiba-tiba dalam genggamamnya dipenuhi dengan emas. Dan beliau berkata," engkau mengambil dari poket akan tetapi aku mengambil nya dari ghaib ". Beliau tidak pernah berkahwin, seluruh kehidupannya dipergunakan untuk berzikir, bertilawah dan wirid. Meninggal dunia tahun 185 H bersamaan 796 M.

Seterusnya maqam Imam Al-Laith. Beliau merupakan seorang ulamak yang telah sampai ke darjat "Mujtahid Mutlak" sepertimana Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Ahmad bin Hambal. Beliau juga telah mengembangkan mazhabnya sendiri serta telah mempunyai pengikut dan pengaruh tersendiri. Akan tetapi, mazhabnya tidak dapat bertahan lama sebagaimana mazhab-mazhab yang lain. Dikatakan juga beliau lebih faqih dari Imam Malik r.a. Beliau wafat pada hari Jumaat, 14 Syaaban 175 H.

Seterusnya maqam Abdullah Abi Jamrah Al-Andalusi Al-Mursi. Merupakan Imam Al-Qudwah Ar-Rabbani. Kuat berpegang dengan Sunnah Rasulullah s.a.w. Menurut satu cerita, orang yang mengingkari akan pengakuannya bahawa beliau pernah berjumpa dan bercakap-cakap dengan Rasulullah s.a.w dalam keadaan jaga akan ditimpa malapetaka. Diceritakan dari Sheikh Tajuddin Ibnu Ataillah As-Sakandari bahawa beliau pernah bermimpi berjumpa Rasulullah s.a.w . Rasulullah telah berkata kepadanya: " Aku telah menziarahi sultan yang menguasai timur dan barat ". Lalu beliau bertanya: " Wahai Rasulullah, siapakah yang menguasai timur dan barat itu ?". Lalu Rasulallah s.a.w menjawab:" Dia ialah Abdullah bin Abi jamrah ". Wafat pada tahun 675 H.

Seterusnya kami menziarahi maqam Imam mazhab kami iaitu maqam Imam As-Syafie'. Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhamad bin Idris bin Al- Abbas bin Usman bin Syafei bin As-Sa'id bin Abid bin Abd. Yazid bin Hasyim bin Abd. Mutalib bin Abd. Manaf bin Qusai. Nasab beliau bertemu dengan Rasulullah s.a.w pada Abd. Manaf. Dilahirkan di Ghazza pada tahun 150 H. Iaitu tahun di mana Imam Abu Hanifah meninggal dunia. Ketika berusia 2 tahun, ibunya membawa beliau ke Mekah. Merupakan seorang ahli Fiqh, Hadis, Lughah, Penyair, Sasterawan dan pengasas ilmu Usul Fiqh. Wafat pada malam Jumaat bulan Rejab tahun 204 H. Ditepi maqam ini terdapat satu tapak kaki, diceritakan bahawa tapak kaki ini ialah tapak kaki Rasulullah s.a.w. Apabila aku mencium tapak kaki ini, SubhanAllah berbau harum semerbak kasturi. Dalam satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah s.a.w akan menziarahi maqam ini setiap hari Jumaat selepas waktu asar. Di dalam masjid Imam Syafie juga kelihatan 2 buah maqam yang muktabar iaitu makam Syeikh Zakaria Al-Ansari dan Muhamad bin Abdullah Al-Hakam.

Seterusnya maqam Ibn Ataillah As-Sakandari. Khalifah Tarikat Syazaliyyah yang ke-3. Nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Ataillah Tajuddin As-Sakandari Al-Maliki. Anak murid Abu Abbas Al-Mursi. Menghasilkan karya yang banyak antaranya yang berharga yang telah beliau tinggalkan ialah: Al-Hikam,Tajul Arus, Allah Al-Qasdul Mujarrab, Laitul Manan. Kitab beliau Al-Hikam adalah kitab yang paling banyak disyarahkan oleh para alim ulamak Islam. Merupakan juga kitab tasawuf yang paling banyak disyarahkan sehingga sebahagian ulamak mengira bahawa Syarah Kitab Al-Hikam mencapai angka 30 buah kitab. Merupakan guru kepada Syeikh Taqiyuddin As-Subki.

Seterusnya kami dibawa menziarahi maqam wali shorir (kecil). Nama beliau ialah Ashraf Rifai Al-Husaini. Ketika berumur 3 tahun telah menghafal Al-Quran dan telah didengar (tasmie') oleh sheikh-sheikh Al-Azhar dan mendapati bahawa bacaan beliau tiada salah. Boleh bertutur dalam bahasa arab fushah. Wafat ketika berumur 4 tahun.

Jaulah kami berhenti berehat seketika di Masjid Ibn Ataillah As-Sakandari. Kami solat dan menjamu sedikit makanan yang telah dibawa. Sebenarnya banyak lagi maqam2 yang sempat kami ziarahi, akan tetapi tidak dapat aku tuliskan disini.

Dengan menziarahi maqam-maqam ini, moga kami dapat mengambil semangat perjuangan para Ulama' dan Salafussoleh. Perjuangan dan semangat mereka menuntut ilmu sepatutnya menjadi sumber inspirasi kami dalam meneruskan perjuangan di Perlembahan Nil ini. Mudah-mudahan dengan keberkatan memuliakan mereka, maka pada suatu hari nanti Allah s.w.t akan memuliakan pula dengan menjadikan kami salah seorang diantara mereka.

Perjalanan kami seterusnya ialah Qal'ah (kubu perang) Sultan Salahuddin Al-Ayyubi atau lebih dikenali dengan 'penakluk kota Jerusalem'. InsyAllah akan disambung ke episod seterusnya...

Friday, November 20, 2009

Zulhijjah Yang Dilupakan

Diantara kelebihan2 10 hari ini adalah seperti berikut:-

1. sabda Nabi s.a.w “ tidak ada hari-hari yang lebih baik di sisi Allah untuk dilakukan amalan kebaikan yang selain sepuluh hari terawal dalam bulan Dzulhijjah “ para sahabat bertanya adakah jihad fisabilillah ( didalam hari yang selain sepuluh terawal Dzulhijah ) tidak boleh menandingi amalan ( selain daripada jihad ) yang dilakukan pada hari sepuluh terawal tersebut.” Nabi bersabda " jihad pun tidak boleh menandingi melainkan seorang lelaki yang keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya kemudian tidak pulang dengan keduanya” (Hr Bukhari)

Ini menunjukkan ape2 amalan yg bukan jihad didalam 10ZH terawal lebih baik dari berjihad di mase2 yg lain melainkan jihad yg disebut oleh Nabi diatas.


2. Disunatkan memperbanyakkan zikir pd sepuluh hari tersebut. Firman Allah s.w.t:

"Dan mereka menyebut nama Allah pada hari yg tertentu" (28: al-Hajj)
Hari2 tertentu adalah sepuluh zul hijjah yg terawal menurut kebanyakan para ulama.

Dalam hadis telah menyebut:

"Tidak ade hari2 yg lebih hebat disisi Allah dan tidak ada amalan yg lebih disuka dilakukan pada masa tersebut melainkan 10 hari terawal zulhijjah . Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir dan tahmid."(HR Ahmad)

Ulama telah berkata:
Himpunan sepuluh terawal zulhijjah ini lebih baik baik daripada sepuluh terakhir ramadan sekalipun terdapat semalam dlm bulan ramadan (lailatul qadar) yg tidak dapat ditandingi oleh malam2 lain.


3. Diantara kelebihan semalam ini adalah Allah telah bersumpah dgn malam2 ini:

Firman Allah s.w.t: "Dan demi waktu fajar. dan demi malam2 yg sepuluh"(Al-Fajr: 10)

Nabi bersabda: "Sepuluh malam (dlm awal surah al-Fajr) adalah 10 hari terawal zulhijjah, ganjil adalah hari arafah dan genap adalah 4 hari yg disunatkan dilakukan ibadah korban (10-13zulhijjah)."(Hr Ahmad dan Nasaie)

Ulama telah berkata 10 malam ini adalah malam2 10 zulhijjah yg terawal.


4. Diantara kelebihan 10 hari ini adalah penutup bagi bulan2 tertentu dalam firman Allah:

Firman Allah: "Ibadah haji adalah dilakukan pada bulan2 tertentu"(Al-Baqarah: 197)


5. 10 hari ini adalah hari2 tertentu yg disebut al-Quran; dimana disyariatkan supaya kita menyebut nama Allah sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah mempermudahkan sebagai makanan bagi manusia.

Firman Allah s.w.t:
"Dan serulah hai Ibrahim kepada hamba2ku supaya mereka menunaikan haji. Org2 yg pergi haji akan datang kepadamu dgn berjalan kaki dan menunggang unta yg kurus. Mereka datang dari seluruh pelusuk tempat yg jauh, supaya mereka mendapat manfaat bg mereka. Dan mereka menyebut nama Allah ketika menyembelih binatang pd hari2 yg tertentu sebagai tanda bersyukur terhadap binatang2 yg telah Allah berikan kepada mereka. Maka makanlah sebahagian daging binatang korban dan berilah kepada org yg susah lagi faqir. (27 dan 28: al-Hajj)


Kesimpulan: Marilah kita hidupkan 10 hari ini dgn amalan yg mulia sperti berzikir, puasa, solat malam dan sebagainya. Yg lebih penting kita melakukan kefarduan dgn smpurna dan meninggalkan kemaksiatan yg menyebabkan kita jauh dgn tuhan.


Rujukan: Tafsir al-Wadih oleh Sobuni dan latoiful maarif oleh Ibnu rajab.

Wednesday, November 18, 2009

Gelombang merah di Lembah Nil.

Kalau mggu lepas gelombang pasukan merah dpt dilihat di Bandaraya Shah Alam, akan tetapi pd mggu ini gelombang ini dapat dilihat di Bandaraya Kaherah.

Cuma apa yg berbezanya ialah, di Malaysia perlawanan sengit antara KELANTAN menentang NEGERI SEMBILAN bagi merebut gelaran juara Piala Malaysia manakala disini perlawanan sengit antara team negara yakni MESIR menentang ALGERIA (dlm bhsa ammi nya disebut GAZAIR) bg merebut kelayakan ke Piala Dunia Afrika 2010.

Akan tetapi suasananya sedikt berbeza, kerana gelombang merah di M'sia berakhir dengan suasana sedih dan suram. Berlainan dengan suasana di Lembah Nil ini, gelombang merah disini berakhir dengan suasana yg cukup meriah dan gembira meraikan kemenangan.

Terasa terkilan juga hatiku ini krn tidak dapt brsama2 dgn kwn2 d m'sia utk sama2 memberi sokongan kepada team tanah airku iaitu pasukan red warriors, tp walaupn jasadku brd jauh namun hatiku tetap bersamamu...GOMO KLATE GOMO..

Apabila aku terlihat gelombang pasukan merah disini, aku terbayang seolah2 seperti berada ditanah air sndiri. Melihat gelagat2 penyokong setia sukan bola sepak ini. Buat pertama kali dlm sejarah hidupku dpt menonton bersama2 dgn masyarakat arab disni. Aku berasa kagum dan gembira melihat gelagat2 mereka. Aku dpt lihat di setiap kedai dipasang sebuah tv diluar dan disusun kerusi2 sambil mereka mengajak orang yang lalu lalang dihadapan kedai mereka supaya boleh duduk menonton bersama. Ini menyebabkan suasana menjadi cukup meriah dengan sorakan2 dan cemuhan2 drpd penonton.

Buat pertama kalinya semenjak aku menjejak kakiku ke bumi Mesir ini, aku lihat jalan rayanya pada sebelah malam lenggang dgn kereta, jikalau sebelum ini boleh dikatakan jalan rayanya cukup sibuk, mungkin lebih sibuk dari Bandaraya Kuala Lumpur. Ini kerana masyarakat arab lebih suka keluar rumah pd waktu malam, boleh dikatakan malam mereka hidup smpai pagi. Mengikut fakta, jumlah penduduk di Bandaraya Kaherah sahaja menyamai jumlah keseluruhan penduduk di Malaysia. Cuba anda bayangkan betapa padatnya penduduk di Bandaraya Kaherah ini.

Apabila sahaja wisel penamat ditiup, mereka trus bersorak, tidak kira lelaki, perempuan, muda, tua, kanak2. Mereka saling berpeluk antara satu sama lain, sehinggakan aku pun turut menjadi mangsa. hahaha...

Memang benarlah apa yg pernah diceritakan kepadaku oleh ayahku sendiri bahawa masyarakat arab ini memang fanatik tahap giler terhadap sukan bola sepak ini. Mereka sanggup membunuh pemain negara mereka jika pemain itu didapati bermain secara lewa. Pernah berlaku, dimana seorang penjaga gol pasukan kebangsaan dibunuh kerana terlepas sepakan lawannya secara mudah. Gol ini menyebabkan pasukan negara tersebut mengalami kekalahan.

Tidak dapat aku bayangkan jikalau masyarakat Malaysia juga bertindak bgitu. Mungkin akn memperhebatkan pasukan atau memusnahkannya.

Aku sebagai rakyat Malaysia berasa kempunan juga hndk melihat pasukan negara beraksi d pentas Piala Dunia, tp apakan daya......

Friday, November 13, 2009

4 Golongan Lelaki Yang Ditarik Wanita ke Neraka

Ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

2. Suaminya
Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran seperti mengumpat, mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.

Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA,JIN DAN BATU-BATU..."


Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. Allah s.w.t nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yang mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yang Allah s.w.t berikan pada kita."

Friday, November 6, 2009

12 GOLONGAN DI HARI AKHIRAT

Firman Allah s.w.t dalam surah al-Naba ayat 18:-

"Yaitu hari (yang pada waktu itu) ditiup sangkakala lalu kamu datang berkelompok- kelompok".

Adalah diriwayatkan bahawa ayat yang tersebut diatas pernah ditanyakan oleh Saidina Muaz bin Jabal r.a, katanya, "Ya Rasulullah, apa maksudnya ayat ini?"
Maka Rasulullah s.a.w menangis sebelum menjawab soalan tersebut kerana inilah yang selalu dibimbangkan oleh baginda.
Lalu baginda menjawab: "Wahai Muaz, umatku kelak apabila bangkit dari kubur akan menjadi 12 golongan. Sebanyak 11 golongan akan memasuki neraka dan hanya 1 golongan sahaja yang akan memasuki syurga.
Adapun 11 golongan yang memasuki neraka adalah seperti berikut:-

1.Mereka yang tidak mempunyai kaki dan tangan. Ini adalah kerana mereka suka menyakiti hati jiran tetangga.

2.Mereka yang menyerupai babi. Ini adalah balasan bagi orang yang suka melengah-lengahkan solat lima waktu.

3.Mereka yang perutnya besar seperti gunung dan dipenuhi dengan ular dan kala. Inilah balasan bagi mereka yang enggan mengeluarkan zakat.

4.Mereka yang keluar darah dari mulutnya. Inilah balasan mereka yang berdusta.

5.Mereka yang berbau busuk seluruh badannya. Ini adalah balasan mereka yang mengaut keuntungan dalam jual beli atas penipuan.

6.Mereka yang dicincang-cincang pada tengkuk dan bahu. Ini adalah balasan mereka yang menyaksikan maksiat atau perbuatan jahat.

7.Mereka yang keluar dengan tidak berlidah dan keluar nanah dan darah dari mulut. Ini balasan mereka yang tidak mahu menyaksikan kebenaran.

8.Mereka yang keluar dalam keadaan terbalik iaitu kepala dibawah dan kakinya keatas. Ini adalah balasan mereka yang berzina serta mati sebelum bertaubat.

9.Mereka yang berwajah hitam, bermata biru dan perutnya penuh api. Ini balasan mereka yang memakan harta anak yatim secara zalim.

10.Mereka yang kulitnya penuh kudis dan penyakit2 lain yang menjijikan. Ini adalah balasan mereka yang berani melawan kedua ibu bapanya.

11.Meraka yang buta matanya dan hatinya, giginya seperti tanduk, bibirnya berjuntai hingga keperut, dari perut dan pehanya keluar kotoran. Ini adalah balasan mereka minum minuman keras.

Dan satu golongan yang masuk ke syurga ialah:-

12.Mereka yang wajahnya bagaikan bulan purnama, berjalan di atas titian Mustaqim laksana kilat. Ini balasan orang yang beramal salih dan menjauhi maksiat serta mendirikan solat lima waktu dan mati dalam keadaan bertaubat."